esok masih ada..atau masihkah ada esok???

akhirnya dia tiba lagi...meninggalkan duka-duka lalu...kembali dengan satu azam baru...setelah semalam dipenuhi dengan nostalgia-nostalgia yang cukup pahit ditelan...dan mungkin lebih pahit dari hempedu...kerna hakikat makanan itu hanya ditelan oleh organ pencernaan...tp disebaliknya hati-hati insani turut dipaksa menelan sisa-sisa pahit kehidupan yang pastinya tidak akan luput sampai bila-bila dalam minda...kerna sememangnya hakikat hati itu itu berfungsi untuk mendetoksifikasikan toksin....

pelbagai peristiwa seperti di palestina, iraq, selatan thai, pakistan, india yang berlaku menyaksikan penderitaan-penderitaan saudara kita di sana....namun..sayang seribu kali sayang..kita di sini masih bisa sahaja menyambut tahun baru dengan aktiviti-aktiviti serta program yang malalaikan...bertempik disana-sini melaungkan 'happy new year'...tanpa mengetahui maksud disebaliknya...belum dikira dengan pesta maksiat yang bila-bila sahaja bakal mengundang bala'....seperti yang terjadi di acheh....yang di mana sebelum kejadian tersebut...pesta-pesta maksiat dijalankan secara berleluasa...walaupun dihalang...mereka tetap ber'istiqamah' dalam kehancuran...sehingga pabila datang ombak tsunami...barulah mereka mengetahui setinggi mana langit Allah itu...

berkata Urwah bin zubair "pabila kalian menyaksikan seseorang melakukan kebaikan, ketahuilah kebaikan itu mempunyai saudaranya yang lain bagi orang tersebut..pabila kalian melihat pula seseorang mlakukan keburukan, ketahuilah bahawa keburukan itu mempunyai saudaranya yang lain bagi orang tersebut...kerana sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan saudaranya dan demikian pula keburukan itu menunjukkan saudaranya.."

jelaslah bahawa...sakali kita mendekati maksiat itu...maka akan lebih mudah kita terjerumus ke lembah yang lebih dahsyat lagi...tapi seandainya, kita menjerumuskan diri ke lembah kebaikan...maka insyaallah lebih mudah untuk kita melakukan kebaikan yang seterusnya....maka ..dengan itu..sama-samalah kita bermuhasabah di tahun baru masihi ini..semoga tahun ini lebih baik dari yang lepas...dan semoga azam-azam yang masih belum dilaksanakan akan segera ditunaikan pada tahun ini...jazakallah..





lagu tangkap best nye..tekan je play...