::BILA HATI MULA BERKATA-KATA:: ::LIDAH TIDAK PERLU MENUTURKAN KATA-KATA:: ::KERNA TINTA LEKA BERBICARA:: ....islam and life are connected....without islam there's no life...life without islam is empty and meaningless.... "jasad senantiasa tenang..minda sentiasa berperang"
Bukan Kerana Nama... (Rest & Relax)
Saya sudah lama mendengar lagu ini. Memang tertarik dengan liriknya. Sangat memberi kesan buat kita terutamanya para penulis meng'evaluasi' kembali untuk apa kiranya kita menyemarakkan medan penulisan ini. Tidak kira samaada menulis buku, majalah, email, blog, artikel hatta sms sekalipun :), niat merupakan faktor terpenting untuk menjustifikasikan nilai amal perbuatan kita. Walaupun mungkin kelihatan di mata sesetengah jiwa media penulisan itu kelihatannya tidak memberi apa-apa sumbangan berbanding dengan media massa, tetapi sedarlah dengan menulis dan menyumbangan sesuatu untuk mebentuk fikrah ummat maka itulah yang akan mencetak peribadi-peribadi yang akan membentuk revolusi dalam diri, figur-figur dan ummat keseluruhannya. Ia telah dibuktikan di mana-mana negara sekalipun. Apakah kita masih tdidak menyedarinya?? Terima kasih para pejuang yang terus beristiqamah & beristimrar di jalan ini tidak kira apa pun 'label' & wasilah yang anda gunakan, lagu ini saya tujukan buat anda....
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Ramli Sarip & A Romzie