Tautan Qalbu

"Raut wajahmu membekas dijiwaku...Meredakan rindu mendamaikan kalbu.."


Sedikit pengalaman yang ingin dikongsikan ketika menziarahi seorang ikhwah yang ditimpa kemalangan sewaktu menyelenggarakan mesin menghancurkan rumput di kebunnya....Ikhwah yang kehilangan satu jari tangannya yang terputus dek penangan mesin yang tidak mengenal tuannya itu..alhamdulillah, satu daripada jarinya masih sempat disambungkan dengan menggunakan besi...saat mendengar berita tersebut, kami berpakat membuat infaq kilat buat meringankan beban al-akh tersebut...sewaktu kami menziarahi beliau di hospital, kawasan katilnya ditutup dengan kain langsir..kelihatan seorang wanita, zaujah (isteri) kepada al-akh tersebut sedang sibuk mempersiapkan sesuatu...menyedari akan kedatangan kami, dia beredar bagi memberi ruang kepada kami bertemu al-akh...kelihatan beliau sedang duduk tenang di ats pembaringannya dengan sebuah buku kecil (ma'tsurat dan sebahangian juz2 Al-quran) sambil melemparkan senyuman ke arah kami..mungkin sebelum kedatangan kami beliau sedang membaca atau menghafaz ayat2 cinta tersebut...saat besalaman dan berpelukan, barulah kami sedari tangannya yang berbalut dari siku hingga ke tapak tangan...termenung sebentar kami dengan keadaan yang sebegitu.... …

Seusai bertukar-tukar khabar sesama sendiri, barulah kami mula bertukar-tukar suara yang diselangi dengan senyuman...mungkin untuk menghilangkan suasana sedih tersebut....kami mengambil keputusan untuk tidak mempertanyakan banyak soalan tentang kemalangan tersebut..kerana sudah pastinya al-akh tersebut suduh berpuluh-puluh kali diajukan dengan soalan yang sama...lantas kami lebih berbicara perkara-perkara yang agak santai dan perkembangan terkini sesama kami....walaupun mulut dan wajah tidak pernah menunujukkan rasa sedih dan hiba, tetapi dalm hati kami Allah sahaja yang Maha mengetahui. mungkin jika hati ini mempunyai mata, pastinya ia akan menitiskan air mata..betapa tabahnya al-akh tersebut...tidak langsung menunjukkan muka sedih..malah disambutnya kami dengan senyuman seolah-olah tiada apa yang berlaku....tidak langsung menuturkan kata-kata yang berbaur keluhan..mungkin inilah hasil tarbiyah, betapa jihad itu menuntut pengorbanan yang cukup besar..

Bagi aku al-akh tersebut kemalangan dalam melakukan jihad...kerana dia dan beberapa ikhwah lain memulakan bisnes penternakan dan pertanian demi untuk dakwah....mereka tidak mahu bergantung kepada hanya setakat makan gaji....natijahnya bisnes mereka sedang berkembang dengan baik dan mereka boleh menguruskan masa dengan baik untuk dakwah dan kerja...walaupun mereka sendiri adalah graduan dalam bidang professional……moga Allah selalu memberi keistiqamahan kepada al-akh tersebut dan kami juga…kerana sesungguhnya aku amat bersyukur kerana asbab beliau dan beberapa ikhwah lain aku ‘terjebak’ dalam dunia tarbiyah ini….sesungguhnya hidayah Allah itu maha tinggi nilainya…seandainya sudah diperoleh, gigitlah ia dengan gigi geraham walaupun natijahnya memang perit…..tiada apa yang diharapkan seandainya kita lari dari jalan ini dengan apa jua alasan sekalipun.…kerana pastinya kita tidak berupaya untuk menjadi lebih baik malah mungkin pula kita akan ditabrak pula dengan dunia lain …


Terkadang terasa kelelahan di atas keberadaan di medan kerjaya yang merupakan kondisi yang benar-benar berlainan dari medan studi…bukanlah kelelahan itu disebabkan oleh kepenatan zahiriah, tetapi kepenatan batin yang meronta-ronta kerana diselubungi oleh dunia materialistik, mentaliti kebendaan, status dll…apatah lagi melihat kerjaya itu sebagai sebuah pentas ibadah…Namun, akhirnya ia kembali kepada diri sendiri…tiada ruginya kita bermuhasabah diri lantaran belum cukup daya-upaya yang dilakukan untuk mentasykil mereka….


Terasa kerdil jiwa ini pabila di bandingkan dengan sosok-sosok seperti Dr Abdullah Azzam…panglima Mujahidin sewaktu jihad di Pakistan dan Afghanistan…masa yang diperuntukkan untuk beliau untuk berjihad dirasakan begitu sedikit…lantaran itu beliau melepaskan jawatannya sebagai seorang pensyarah universiti bagi menumpukan sepenuh masa dalam aktivitas jihad….bagaimana pula dengan Sheikh Ahmad Yassin..pelopor gerakan IM di Palestin atau lebih dikenali dengan Hamas…beliau yang lumpuh separuh dari badannya hanya mampu bergerak dengan menggunakan kerusi roda…tetapi jiwa inilah yang menghidupkan hati-hati dan meniupkan ruh jihad dalam hati umat Islam di Palestin dan seluruh dunia Islam lainnya….beliau menjadikan perjuangan menuntut bumi suci Al-Quds sebagai perjuangan global umat Islam yang selama ini disempitkan sebagai perjuangan simplistik yang berorientasikan Nasionalis…….

Itulah rencana Allah yang Maha Mengetahui diri hambanya….tidak pernah dibebankan selain dari kemampuan hambanya….medan mereka di sana dan kita di sini masih banyak yang belum selesai…perjuangan menuntut pengorbanan….jika pengorbanan masa, harta dan tenaga tidak mampu dikerahkan, jangan pernah bermimpi untuk perjuangan yang lebih mulia…jika saat di bangku studi masih memberikan alasan sibuk dengan exam, studi, assignment dll..maka apakah lagi alasan yang lebih relevan semasa di medan kerja nanti.. …kerana panggilan jihad tidak pernah mengenal erti sibuk…alhamdulillah..mujurlah selalu di peringatkan oleh ikhwah-ikhwah yang lebih berpengalaman….mohon agar selalu di tunjukkan jalannya oleh Allah bagaimana dan dalam apa jua cara yang Ia sukai…


“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-oranh yang memperoleh kemenangan” (At-Taubah:20)

Lagu untuk aku…


Hati hiba mengenangkan..
Dosa-dosa yang kulakukan…
Oh Tuhan Maha Kuasa..
Terima taubat insan berdosa..

Telah aku merasakan…
Derita jiwa dan perasaan..
Kerana hilang dari jalan…
Menuju redhaMu Ya Tuhan..

Ku akui kelemahan diri..
Ku insafi kekurangan ini…
Ku kesali kejahilan ini…
Terimalah taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta…
Moga tobatku diterima…