"Inilah dia, gaimana pula kita?"





Sungguh indahnya nikmat Islam itu bagi sesiapa yang cuba menerokai khazanahnya. Inilah yang ditemui oleh mereka yang baru mengenal Islam dan lantas 'berebut-rebut' untuk menyebarkannya kepada orang lain. Ini fenomena biasa di Barat.(cuba baca artikel dalam Majalah I edisi Mei 2008 di bawah tajuk "Diancam Bunuh Setelah Bersyahadat" (Perjuangannya memeluk Islam dilakukan dengan penuh risiko. Aminah Assilmi bahkan diancam untuk dibunuh. Dulu berhajat memurtadkan umat Islam, malah yang dilakulkan kini mengajak rakan-rakan memahami agama Islam) bagaimana beliau yang dahulunya membenci Islam, tetapi setelah dinya disinari oleh cahaya Islam dan tersirna dari tabir kejahilan maka terus menyeberluaskan agama tercinta ini serta berjaya mengislamkan kesemua familinya. Inilah sikap sesetengah warga Barat yang perlu kita contohi, mereka suka mengkaji dan menyelami.Mereka tidak mudah untuk menerima sesuatu itu tanpa ada buktinya.

Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [5.8]


Itu di Barat, di Malaysia pula orang berebut-rebut mahu murtad, mahu tukar status nama dan agama di I.C, berebut untuk mengkebumikan jenazah yang sudah meninggal dunia. Tetapi kita lupa untuk mereka-mereka yang masih bernyawa, masih menghirup oksigen serta menghembuskan karbon dioksida, menunggu-nunggu untuk menukar status agamanya, remaja-remaja yg merasakan agama itu sulit urusannya dan tiada manfaatnya dalam kehidupan mereka, belum ditambah dengan perkara-perkara furu' yg dipersulitkan dan di'havoc'kan.lantas mereka memilih jalan mudah dengan membebaskan diri bersama-sama golongan 'free-thinker', 'pluralisme', islam liberal, black metal dan sebagainya. selamilah jiwa mereka, terkadang bukan mereka sengaja memilih jalan tersebut. Tapi oleh kerana ada faktor-faktor pendesak seperti suasana keluarga yg tidak 'menyamankan', ketandusan tarbiyah dalam jiwa, faktor-faktor persekitaran yang menggamit, kawan-kawan yg sentiasa mencari-cari identiti baru dalam diri telah men'terjebakkan' diri mereka dalam arus yang menggila itu.

Adakah kita merasakan diri kita terlalu suci lantas kita hanya menhina serta mengesampingkan mereka? adakah kita hanya mampu mendengus serta meluahkan rasa sedih, bimbang tanpa berbuat apa-apa? sebenarnya mereka-mereka itu ketandusan kasih-sayang, dahagakan perhatian terhadap masalah-masalah mereka. takut-takut kitalah yang lebih hina dari mereka di sisi Allah. Bak kata sebahagian dari kata-kata Imam Al-Ghazali, "apabila bertemu kanak-kanak, rasailah mereka itu lebih mulia dari kita lantaran sucinya mereka dari noda dan dosa". "apabila bertemu orang jahil, rasailah mereka itu lebih mulia dari kita, kerana mereka melakukan dosa atas dasar kejahilan mereka". Tetapi mungkin kita melakukan dosa dan maksiat kerana atas keTAHUan kita. bantulah mereka walaupun sekadar menjadi pendengar setia..moga kita sentiasa dalam naungan serta perhatianNya..ameen..

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" [41.33]

Seorang khalifah yang agung, Umar Al-Khattab, yang dijamin masuk syurga pernah menyuarakan kerisauannya "seandainya semua ke syurga kecuali dia,ku bimbangi dialah diriku"

"Inilah dia. gaimana pula kita?"

Rujukan:

1. Majalah I. Terbitan Karangkraf. Edisi 67. Mei 2008."Diancam Bunuh Setelah Bersyahadat".M/s 48

p/s: kengkawan, apa beza 'adil' & 'justice'?any opinion?