Barisan Perjuangan


Jika kamu mendapat luka, maka mereka pun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran), dan agar Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan agar sebahagian kamu dijadikanNya gugur sebagai syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. (Al-Imran: 67)


Muslimin dan muslimat yang diredhai Allah, dalam kalam Allah yang suci ini Allah telah memberi motivasi kepada orang-orang mu’min, bahawa seandainya dalam apa jua keadaan getir sekalipun jangan pernah kita berputus asa dengan bantuan serta rahmat Allah. Sekiranya dalam kita menunaikan amanah Allah kita mengalami kesusahan, kepayahan dan sebagainya, maka mereka juga (orang kafir) mengalami penderitaan juga. Jika pada masa Perang Uhud, orang Islam dikalahkan, kemudiannya Allah telah memberi kejayaan yang terbilang kepada umat Islam menawan ‘lembah’ Badar walaupun mungkin ketika itu umat Islam dilabel sebagai pasukan ‘underdog’ disebabkan kekurangan dari segi bilangan tentera dan kelengkapan peperangan. Namun, disebabkan persediaan mental dan rohani dari murobbi agung, Rasulullah s.a.w, maka tentera Islam telah terpilih untuk menawan peperangan tersebut.


Begitu juga jika menyelak lembaran sirah kota Al-Quds (Palestin), maka kita akan melihat bahawa tahkta kerajaannya silih berganti di antara Kristian, Yahudi dan Islam. Maka Allah pergilirkan kejayaan dan kekalahan bagi umat Islam supaya kita dapat mengambil iktibar dan tidak mudah alpa dengan kejayaaan yang hanya merupakan pinjaman dari Allah semata. Dengan penderitaan yang diberikan Allah sebenarnya dapat menguji di antara golongan yang beriman mahupun tidak.

Saudara kita di Palestin merupakan golongan yang terpilih kerana merupakan barisan hadapan dalam mempertahankan tanah suci umat Islam tersebut, Maka seandainya mereka mati dalam perjuangan mereka ‘mengibarkan’ sayap-sayap Islam, maka itulah kematian yang paling mulia dan didambakan oleh semua orang-orang Mu’min. Maka kita juga jangan pernah lupa bahawa walaupun jasad kita kita tidak di sana tetapi kita juga merupakan benteng-benteng Islam dari kezaliman kuffar. Maka jangan pernah ragu, teruskanlah perjuangan dengan kemampuan yang ada pada kita seperti jiwa raga, harta, masa dan sebagainya. Allah serta orang-orang mu’min sentiasa bersama kita. La Tahzan, Hayya bil Jihad!!



pakcu: seperti yang tersiar dalam buletin Gen-i edisi mac 2009. sesiapa yang mahukan softcopy secara percuma boleh tinggalkan email anda di shoutbox. sebarang usaha untuk menyebarluaskannya amat dialu-alukan