Kemusnahan Bangsa Yahudi Sebanyak Dua Kali: Bila dan Bagaimana?

Telah berfirman Allah SWT di dalam Surah al-Isra’ ayat 4-8:

وَقَضَيْنَآ إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي ٱلْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي ٱلأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً * فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ أُولاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَاداً لَّنَآ أُوْلِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُواْ خِلاَلَ ٱلدِّيَارِ وَكَانَ وَعْداً مَّفْعُولاً * ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ ٱلْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيراً * إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لأَنْفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ ٱلآخِرَةِ لِيَسُوءُواْ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُواْ ٱلْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوْاْ تَتْبِيراً * عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يَرْحَمَكُمْ وَإِنْ عُدتُّمْ عُدْنَا وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيراً

4. Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

5. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

6. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

7. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

8. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat) dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan Neraka: Penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat).

Petikan ayat-ayat di atas merupakan satu kisah penting mengenai bangsa Yahudi. Anda perlu mengulang kembali sekurang-kurangnya kisah Nabi Ibrahim, Ishaq, Musa, Ya’qub, Yusuf, Sulaiman dan Daud yang memimpin bani Israel untuk mengetahui sejarah mereka. Allah memilih bani Israel untuk menguasai Palestin beberapa kali di bawah pimpinan nabi-nabi tadi. Ayat-ayat di atas agak mudah difahami, seperti berikut:

1. Setelah berkuasa, bangsa Yahudi akan membuat kerosakan besar di muka bumi sebanyak dua kali.

2. Setiap kali mereka membuat kerosakan, maka Allah akan menimpakan balasan kepada mereka dengan implikasi yang berbeza.

3. Balasan untuk kerosakan kali pertama, ialah mereka akan diserang oleh kaum lain yang gagah perkasa, lantas dikalahkan. Akan tetapi sebahagian mereka bertaubat, dan Allah beri mereka peluang kembali untuk berkuasa di bumi, khususnya di Jerusalem. Allah mengurniakan mereka zuriat yang banyak dan harta yang melimpah ruah untuk menguasai kembali muka bumi.

4. Setelah mendapat kuasa kembali, sekali lagi untuk kali kedua mereka akan melakukan kerosakan.

5. Balasan untuk kerosakan kali kedua ini ialah mereka akan dikalahkan dengan sehancur-hancurnya.

Saya akan cuba berkongsi tafsiran ulamak terhadap ayat-ayat di atas menerusi soal-jawab di bawah:

S: Adakah maksud kerosakan di dalam ayat di atas?

J: Allah menggunakan perkataan fasad sebagai merujuk kepada kerosakan yang dilakukan oleh Yahudi ke atas muka bumi. Di dalam bahasa Arab, fasad membawa maksud kerosakan yang dilakukan oleh seseorang yang asalnya baik, lalu bertukar menjadi jahat dan membuat kerosakan. Orang Yahudi dahulu adalah terdiri daripada bangsa terpilih, kerana mereka dipimpin oleh ramai Nabi.

Mereka juga diberikan beberapa kitab dan suhuf, seperti kitab Taurat yang diwayhukan kepada Nabi Musa. Antara contoh kitab-kitab kecil lain atau suhuf yang dikurniakan Allah kepada mereka ialah kitab yang diturunkan kepada Nabi Ash’iya’, Armiya’, Kharqiyal, Daniyal dan Malakhi. Akan tetapi sejarah membuktikan yang ramai mereka, sama ada ketika nabi masih hidup, atau terutamanya selepas kewafatan nabi pemimpin mereka, menukar ajaran agama seperti di dalam kitab suci tersebut. Bahkan ada yang bertindak menyembah berhala dan lembu. Ini adalah antara kerosakan yang mereka lakukan. Setelah mereka mengubah ayat Allah, maka banyaklah lagi kerosakan-kerosakan lain yang mereka lakukan di dunia ini.

S: Di manakah kerosakan yang mereka lakukan di dalam ayat di atas? Adakah semata-mata di Jerusalem sahaja?

J: Walaupun banyak terjemahan al-Quran menyebut maksud al-ardh di dalam ayat di atas sebagai merujuk kepada Jerusalem, akan tetapi para ulamak turut berpendapat yang ianya adalah bermaksud mana-mana tempat di dunia ini secara amnya. Justeru, yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah orang Yahudi akan membuat kerosakan di mana-mana tempat di muka bumi sebanyak dua kali.

Sebagai contoh, dalam sejarah, mereka pernah membuat kerosakan di Mesir semasa zaman nabi Musa dan di Yathrib/Madinah al-Munawwarah semasa zaman nabi Muhammad SAW. Cuma kebetulan sejarah telah menyaksikan yang mereka kerap menguasai Jerusalem berbanding tempat-tempat lain, justeru banyak kerosakan yang mereka lakukan di kota suci tersebut.

S: Merujuk ayat di atas, bilakah berlakunya kedua-dua kerosakan yang mereka lakukan di bumi ini , serta bilakah mereka dihancurkan?

J: Ulamak tidak bersepakat terhadap bilakah mereka membuat kerosakan dan dihancurkan.

Antara pandangan yang masyhur ialah seperti yang dilaporkan oleh Ibn ‘Asyur di dalam kitab tafsirnya al-Tahrir wa al-Tanwir. Bani Israel berada di kemuncak penguasaan mereka terutamanya di kota Sham yang turut meliputi Jerusalem semasa pemerintahan nabi Daud dan nabi Sulaiman.

Orang Yahudi tidak menganggap Sulaiman dan Daud sebagai nabi, tetapi hanyalah sebagai raja sahaja. Nabi Sulaiman wafat sekitar 900 SM. Setelah kewafatan baginda, orang Yahudi kembali kufur dengan ajaran Allah. Mereka kembali menyekutukan Allah dan membuat zalim terhadap bangsa lain. Ini adalah kerosakan kali pertama.

Kesannya, mereka dihukum oleh Allah dengan dikalahkan oleh kerajaan Babylon di bawah pimpinan Nebuchadnezzar (dalam Arab disebut sebagai Bukhtansar) dalam beberapa siri peperangan, yang besarnya berlaku pada tahun 606 SM, 589 SM (sehingga banyak binaan emas Haikal Nabi Sulaiman dirampas oleh Babylon) dan kemuncak kejatuhannya ialah pada tahun 588 SM. Ketika itu, Jerusalem hancur musnah sama sekali, dan Haikal Sulaiman telah dibakar oleh Babylon.

Orang Yahudi telah dijadikan tawanan dan dibawa ke Babylon sebagai hamba abdi mereka. Mereka bertaubat dan kembali kepada ajaran Allah. Akhirnya, Allah kurniakan kepada mereka dengan zuriat yang ramai serta harta yang banyak di Babylon. Kebetulan, setelah kematian Nebuchadnezzar, kerajaan Babylon semakin lemah. Dan akhirnya kerajaan Babylon telah dikalahkan oleh kerajaan Parsi.

Raja Parsi memberikan keizinan kepada orang-orang Yahudi untuk kembali ke Jerusalem. Sekembalinya mereka ke Jerusalem, mereka pun membina kembali Haikal Sulaiman. Setelah beberapa kali pertukaran pemerintahan di wilayah itu, akhirnya mereka membina kerajaan sendiri di sana.

Akan tetapi, orang Yahudi tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Mereka kembali kufur, dan membuat kerosakan kali kedua di Jerusalem. Ini termasuklah tindakan mereka membunuh nabi mereka sendiri iaitu Yahya dan Zakariya, serta membuat perancangan cuba membunuh nabi Isa.

Sebagai hukumannya, Allah mentaqdirkan yang mereka dikalahkan oleh Kerajaan Rom sekitar tahun 40 M. Orang Yahudi dikalahkan sehina-hinanya. Mereka telah dihalau keluar orang pemerintah Rom, lalu merempat di seluruh tempat di muka bumi ini. Ada yang merempat ke semenanjung Tanah Arab, seperti Yahudi Bani Nadhir dan Qainuqa’ di Yathrib, ada yang merempat ke benua Eropah dan ada juga yang merempat sehingga ke Asia jauh. Di Malaysia sendiri, terdapat perkampungan dan perkuburan orang Yahudi di Pulau Pinang.

Kerajaan Rom berkuasa di Jerusalem sehinggalah ianya dibebaskan oleh Saidina Umar al-Khattab pada tahun 16 Hijrah.

Ini adalah pandangan yang paling masyhur di kalangan para ulamak. Menurut Ibn ‘Asyur, dua kisah turut disebut di dalam kitab kecil orang Yahudi yang diturunkan kepada nabi Ash’iya’ dan Armiya’.

Di sana, ada lagi beberapa pandangan lain terhadap bilakah dua kali kerosakan. yang dilakukan oleh orang Yahudi serta dua kali hukuman kebinasaan yang Allah timpakan mereka akibat kerosakan yang mereka lakukan. Saya lebih cenderung untuk menerima pandangan al-Marhum Syeikh Mutawalli Sha’rawi, yang akan saya sentuh di dalam soal-jawab di bawah.

S: Adakah kedua-dua kerosakan itu merujuk kepada kisah silam, atau merujuk kepada kisah yang belum berlaku lagi pada masa hadapan?

J: Khilaf ulamak mengenai tafsiran ayat di atas, khususnya mengenai bilakah kerosakan yang dilakukan oleh bangsa Yahudi dan hukuman kebinasaan yang Allah timpakan kepada mereka, turut menyebabkan berlakunya khilaf ulamak terhadap persoalan adakah kedua-dua kerosakan dan kebinasaan itu telah berlaku. Atau dengan erti kata lain, adakah ayat-ayat di atas merujuk kepada kisah yang telah berlaku, atau merujuk kepada kisah yang bakal berlaku.

Saya cenderung untuk menerima pandangan Syeikh Mutawalli Sha’rawi dalam persoalan ini. Menurut beliau, sekiranya dilihat di dalam sejarah Bani Israel, sebenarnya mereka membuat kerosakan dan kemudian dibinasakan lebih daripada dua kali. Contohnya, kerosakan dan kebinasaan semasa mereka di Mesir di zaman Musa, ketika mereka berhijrah bersama Musa ke Palestin, selepas kewafatan nabi Daud dan Sulaiman, dan macam-macam lagi. Persoalannya, mengapa di dalam al-Quran disebut dua kali sahaja?

Menjawab persoalan tersebut, Syeikh Sha’rawi berkata ayat keempat di atas tidak dapat dipisahkan dengan ayat pertama surah al-Isra’ mengenai peristiwa perjalanan nabi Muhammad memasuki al-Masjid al-Aqsa. Umum mengetahui yang orang Yahudi semasa zaman awal Islam banyak membuat kerosakan khususnya di semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup secara asabiyyah, menekan pedagang-pedagang Arab dengan riba bunga pinjaman yang tinggi serta memandang rendah orang Arab kerana kononnya merekalah bangsa yang mulia kerana mempunyai banyak nabi.

Mereka juga amat mengharapkan nabi akhir zaman turun daripada bangsa Yahudi daripada keturunan Ishaq, tetapi Allah mentaqdirkan yang nabi terakhir itu ialah Muhammad daripada keturunan Ismail. Kedatangan Muhammad, bersama dengan sahabat-sahabat hamba Allah yang gagah perkasa, akhirnya mengalahkan mereka.

Mereka keluar dari Semenanjung Tanah Arab selama-lamanya sehingga sekarang, dengan merujuk kepada peristiwa perang Khaibar. Ianya telah dimulakan dengan kemasukan nabi Muhammad di dalam al-Masjid al-aqsa dalam peristiwa Isra’. Semua peristiwa ini selari dengan firman Allah mengenai peristiwa Isra’, serta ayat-ayat pilihan di atas seperti “Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah” merujuk kepada tentera Muhammad, dan “untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama” merujuk kepada peristiwa Isra’ nabi Muhammad, dan sebahagian ulamak mentafsirkannya sebagai peristiwa pembebasan al-Aqsa di tangan Saidina Umar.

Menurut Sha’rawi lagi, kerosakan kali kedua seperti dalam ayat keenam di atas sedang dilakukan oleh Yahudi sekarang. Kita lihatlah bagaimana mereka menguasai dunia dengan proksi, mempunyai talibarut yang ramai walaupun bukan berbangsa Yahudi, dan kezaliman mereka terhadap penduduk Palestin.

Dan sekarang, kita sedang menanti bilakah hamba-hamba Allah yang gagah perkasa akan mengalahkan mereka dengan sehina-hinanya, sehingga kita semua boleh masuk kembali ke al-Aqsa dengan selamat seperti di zaman Saidina Umar. Ini semua selari dengan firman Allah “apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya”.

Selain itu, kita juga boleh memahami bahawa pengkisahan kerosakan serta hukuman ke atas Bani Israel itu sebenarnya adalah sunnatullah kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan berulang kali. Sesuatu kaum mungkin melakukan kesilapan besar di dalam kehidupan mereka. Apabila mereka dihukum di bumi lagi, maka biasanya akan ada yang bertaubat. Akan tetapi sekiranya mereka mengulangi kesilapan besar tersebut, maka sunnatullah telah menetapkan kaum ini secara umumnya akan dikalahkan sehina-hinanya. Teliti firman Allah ini:

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.

Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat) dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia).

Kesimpulan dan Pengajaran

1. Orang Yahudi dihukum Allah bukan kerana taqdir semata-mata, akan tetapi kerana keengganan, keegoan serta kedegilan mereka patuh kepada Allah secara konsisten.

2. Menurut pandangan Sha’rawi serta ramai lagi ulamak moden, kita sedang menantikan saat kehancuran bangsa Yahudi untuk kali kedua. Sama-samalah kita fikirkan bagaimana untuk menjadi sebahagian daripada hamba Allah yang gagah perkasa untuk mengalahkan orang Yahudi yang melakukan kerosakan di muka bumi sekarang.

3. Adalah menjadi sunnatullah bahawa orang yang beriman tidak boleh melakukan kerosakan besar berulang kali. Kali pertama, mungkin ada ruang kemaafan. Akan tetapi sejarah membuktikan yang kalau orang beriman itu mengulangi kesilapan besar kali kedua, maka sebenarnya mereka telah menempah tiket kebinasaan.

Tulisan Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham, seorang penulis jemputan HALUAN Palestin yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Australia. Tulisan beliau boleh dicapai di blog abidfana.com. Beliau aktif dalam menjalankan kajian mengenai isu Palestin dan Yahudi.

Hebahan

Sila click pada gambar untuk image yang lebih jelas

BERSANDING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Bersanding dari perspektif Islam
BERSANDING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
www.Halaqah.net
MOHD NAZRUL ABD NASIR,
Editor : Ummi Munaliza
SEJARAH DAN ASAL USUL PERSANDINGAN



Sejarah persandingan pula tidak diterangkan secara jelas di dalam kitab-kitab sejarah. Sebahagian mengatakan bahawa persandingan ialah adat yang dilakukan oleh bangsa Melayu sejak zaman dahulu.Sebahagian lagi mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India.Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.


HUKUM DAN PERBAHASAN

Jika dinilai pada maksud sebenar bersanding seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tersebut maka ianya adalah HARUS. Sekadar pengantin lelaki dan perempuan duduk bersebelahan maka tiada masalah padanya. Cuma jika dibahaskan daripada sudut adat dan budaya yang diamalkan sekarang seperti disediakan pelamin yang mahal, wanita berhias berlebih-lebihan serta tidak menutup aurat , adat bertepung tawar dan sebagainya maka perkara seperti ini perlu dibahaskan satu persatu secara terperinci.


PELAMIN

Berkenaan dengan pelamin yang mahal maka ianya tidaklah dituntut di dalam Islam. Walaupun kita kaya sekalipun maka tetap disarankan agar kita bersederhana di dalam berbelanja.Ramai yang menggunakan hujah bahawa pelamin sebegini perlu dilaksanakan sebagai kenang-kenangan untuk masa hadapan dan sebagainya. Hujah-hujah sebegini tidaklah boleh diterima pakai kerana lebih menjurus kepada hawa nafsu. Hukum dan saranan Baginda sallallahu alaihi wasallam sepatutnya lebih kita turuti.

Tetapi jika cuma disediakan tempat untuk bergambar bersama pengantin dan tempat tersebut dihias dengan seadanya, maka beberapa adab perlu diraikan.Antaranya ialah tidak berlaku percampuran bebas antara lelaki dan wanita, wanita wajib menutup aurat di hadapan lelaki yang ajnabi( yang boleh dikahwininya) dan begitu juga golongan lelaki ,wajib bagi mereka menutup aurat di hadapan wanita ajnabiah. Jika kesemua perkara ini diraikan maka tiadalah masalah padanya.

Kesimpulan tentang hukum pelamin ini ialah kita melarang berlakunya pembaziran dan percampuran lelaki dan perempuan yang berlaku seperti zaman sekarang. Tetapi jika semua perkara tersebut boleh kita elakkan maka hukumnya adalah HARUS.

Sebelum kita membahaskan lebih panjang sebaiknya kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan membazir. Di dalam bahasa arab terdapat dua kalimah yang digunakan iaitu الإسراف dan التبذير. Sebahagian ulama mengatakan bahawa kedua-dua kalimah ini maksudnya adalah sama.

Al-Imam al-Jurjani rahimahullah mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
Kata Guru kami yang mulia, Yusri Rushdi Al-Sayyed Jabr Al-Hasani di dalam satu kuliah beliau:

“Contoh mudah bagi al-Israf ialah seperti kita memerlukan untuk seminggu kehidupan kita sebanyak sekilo daging,tetapi kita membeli sebanyak 2 kilo daging maka ini dinamakan Israf.Manakala al-Tabzir ialah kita mengeluarkan walau sedikit wang untuk membeli perkara yang diharamkan maka ianya dikira al-Tabzir.Seperti membeli sebatang rokok yang berharga 50 qurush(matawang mesir lebih kurang 30 sen Malaysia) maka ini dinamakan al-Tabzir”
Kedua-dua perkara yang kita sebutkan ini adalah dicela dan tidak dituntut di dalam Islam. Jika berlebih-lebihan didalam perkara yang harus seperti contoh yang kita berikan tidak dituntut maka lebih-lebih lagi jika perkara itu menjurus kepada haram.


BERTEPUNG TAWAR DAN MENABUR BERAS KUNYIT

Ini merupakan adat turun-temurun yang dilakukan ketika majlis persandingan dilangsungkan. Sepanjang pembacaan saya tentang perkara ini , antara tujuan dilakukan perkara ini ialah untuk menambahkan semangat berdasarkan kekuningan padi kepada kedua pengantin. Terdapat juga jampi dan mentera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan menghalau roh-roh jahat dam sebagainya.

Jika perkara sebegini dilakukan maka hukumnya jelas HARAM. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:
عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.

Maksudnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu katanya: Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."

Perkara-perkara sebegini wajib ditegah berlaku di dalam masyarakat Muslim.

Alternatifnya, kita boleh melaksanakan majlis doa selamat bagi mendoakan kepada kedua pengantin agar dipelihara oleh Allah taala daripada sebarang kecelakaan. Maka ini sangat-sangat dituntut di dalam Islam.


WANITA BERHIAS DAN TIDAK MENUTUP AURAT

Bersanding dikatakan tujuannya adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin. Perkara ini berbalik kepada hukum asal melihat wanita bagi lelaki ajnabi.Menurut para ulama, lelaki ajnabi diharamkan melihat wanita ajnabi walaupun bukan dengan tujuan syahwat. Ini jika tiada sebab yang mengharuskan bagi seorang lelaki tersebut melihat kepada wanita ajnabiah. Jika mempunyai sebab yang dibenarkan syarak seperti meminang, di dalam majlis pengajian, berubat dan ketika jual beli maka tiadalah masalah untuk lelaki ajnabi melihat kepada wanita ajnabiah.

Jika ada golongan yang mengatakan bahawa tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin. Maka kita katakan, tiadalah masalah jika kita ingin memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat adab-adab yang kita sebutkan sebelum ini diraikan . Jika perkara ini diraikan maka syarak tidaklah menghalang perkara ini dilaksanakan.

Masalah aurat juga perlu dititik-beratkan oleh pengantin dan orang ramai yang hadir.Firman Allah taala di dalam surah al-Nur ayat 31:
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya."

Ayat ini sangat jelas menunjukkan arahan daripada Allah taala supaya menutup aurat.
ETIKA PEMAKAIAN

Antara syarat-syarat pakaian bagi wanita dan lelaki ialah:

1. Mestilah pakaian tersebut daripada jenis yang menghalang daripada orang mengetahui warna kulitnya. Ini bermakna, seseorang tersebut tidak boleh memakai pakaian yang nipis sehingga orang boleh mengetahui warna kulitnya.

2. Mestilah pakaian tersebut menutup keseluruhan aurat lelaki dan wanita tersebut.


3. Mestilah pakaian yang dipakai tidak membolehkan orang mengetahui bentuk tubuh dan auratnya iaitu tidak ketat.

Kebanyakkan orang pada zaman sekarang tidak memahami masalah menutup aurat ini dengan baik. Maka mereka melakukan kesilapan dalam keadaan mereka tidak sedar. Ketiga-tiga syarat yang kita sebutkan perlulah diraikan kesemuanya. Jika kurang salah satu daripada syarat-syarat tersebut maka seseorang tersebut masih dikira tidak menutup aurat. Kita mendapati ada golongan yang berpakaian ketat dan bilamana kita melarangnya maka mereka mengatakan bahawa yang penting orang tidak mengetahui warna kulit . Maka ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak faham syarat-syarat berpakaian yang diletakkan oleh syarak.

Maka para pengantin dan orang ramai perlulah meraikan perkara ini. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah berkenaan make-up pengantin. Berhiaslah sekadarnya, berpadalah dengan kecantikan asli yang diberikan Allah kepada kita. Tidak perlu membazir wang menjemput juru solek bagi mengkaburi mata orang lain . Malah kita bimbang termasuk di dalam ayat Allah taala di dalam surah al-Ahzab ayat 33:
وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى

Maksudnya: Janganlah kamu bertabbarruj sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah pada zaman dahulu.
WARNA PAKAIAN

Masalah warna pakaian juga menjadi perbahasan dikalangan orang ramai. Adakah syarat-syarat tertentu bagi warna pakaian bagi wanita? Menurut Syeikh Ali Jum’ah Hafizahullah di dalam kitabnya Fatawa Asriyah(Fatwa semasa) warna tidaklah ditetapkan oleh syarak bagi wanita cuma yang wajib bagi mereka ialah mengikut syarat-syarat yang diletakkan oleh syarak di dalam etika berpakaian .

Syarat berpakaian ialah seperti yang telah disebutkan oleh saya sebelum ini.

Pendapat yang mengatakan bahawa wanita perlulah memakai warna yang gelap-gelap agar manusia tidak memandang kepada mereka tidaklah terlalu tepat. Ini kerana ada terdapat golongan manusia yang menyukai warna yang gelap. Maka mereka tetap akan memandang kepada wanita yang berpakaian gelap.


KESIMPULAN

Setelah kita membahaskan hukum bersanding ini , saya mengharapkan sidang pembaca dapat memahami dengan sebaiknya tentang perkara ini. Hukum asalnya adalah harus.Cuma perkara-perkara yang berlaku disebaliknya yang menyebabkan ianya menjadi haram seperti bertepung tawar, jampi serapah, percampuran bebas wanita dan lelaki, membuka aurat dan pembaziran. Jika kesemua perkara ini dapat kita elakkan maka tiadalah masalah bagi kita meraikan adat tersebut.Jika perkara yang kita sebutkan ini tidak dapat diraikan maka hukumnya tetap menjadi haram. Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. حكم الإسلام في النظر و العورة oleh Syeikh Muhammad Adib Kalkal.Cetakan Maktabah al-Arabiah.

2. فقه الألبسة و الزينة oleh Syeikh Abdul Wahab Abdul Salam Thawilah.Cetakan Darul Salam Kaherah.

3. الكلم الطيب oleh Syeikh al-Allamah Ali Jumaah .Cetakan Darul Salam.Jilid Pertama.

4. موسعة الأسرة تحت رعاية الإسلام oleh Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah.Cetakan Maktabah Wahbah. Jilid Pertama.

5. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat.
http://nazrulnasir.blogspot.com

p/s: artikel saifulislam :'Biar mati anak jangan mati adat'

Aku ingin...


Ikhwah Tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit..
Serta tawakal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Menyakini Allah sebagai penjaga..

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana..
Serta senyuman Syed al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut..

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid, rohnya ke Syurga..
Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
Fikrahnya jernih menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul..

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah daripada ayahanda bertahun lamanya..
Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai haruman pusara Masyitah,
Semerbak kasturi...

Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
Di mahkamah Masyar nanti,
Namun, bisakah kita ketemu nanti,
Tanpa berbantah-bantah dan bermusuhan....



"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa" (43:67)

~semoga pengakhiran kita merupakan suatu detik kepada pertemuan yang lebih bermakna. ameen..~

~musafir fana jr.~






Movie Islami (KCB)




Habibburahman Al-Shirazy atau lebih dikenali dengan nama Kang Abik sekali lagi membawakan buah tangannya ke layar perak setelah filem pertama yang diadaptasikan dari novel hitsnya 'Ayat-ayat Cinta' berjaya menambat hati penonton--penonton. Namun, filem 'Ketika Cinta Bertasbih' & 'Ketika Cinta Bertasbih 2' dari novel bersiri 'Ketika Cinta Bertasbih' 1 & 2(KCB) ini agak berlainan kerana Kang Abik sendiri diangkat sebgai penasihat filem tersebut. Ini dijelaskan oleh beliau semasa pertemuan kami pada tahun lepas ketika dia dijemput sebagai Panel Penceramah bagi Bengkel Penulisan Islamik yang dianjurkan oleh Akar Bina Consultancy di sini. Mungkin ada penonton-penonton yang memberikan komen-komen yang membina lewat filem 'Ayat-Ayat Cinta' (AAC) yang terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki. Tapi,sekurang-kurangnya ia adalah suatu usaha bagi mengangkat filem-filem genre islami di mata masyarakat. Mungkin jalan cerita di dalam novel tidak sama 100% dengan filem kerana di olah dan diarah oleh individu yang berbeza.Namun, yang penting mesejnya samapai ke hati para penonton.

Apa yang istemewa yang tersaji buat para penonton KCB, ada scene pengambarannya yang dilakukan di bumi Mesir seperti di kota Alexender yang merupakan kota yang indah di samping pantai yang menarik sesuai dengan jalan cerita yang terdapat di dalam novel tersebut.

Para pelakon utamanya kali ini juga bukan sahaja berbakat walaupun masih baru. Tetapi mereka dipilih dan ditapis dari segi akhlak dan penampilan yang islami juga. Ini adalah salah satu pendekatan baru yang diambil oleh Kang ABik dan pengarah filem bagi memastikan roh daripada filem ini sampai bukan setakat dimata atau telinga,malah menembusi sampai kehati. Semoga filem-filem sebegini akan terus mewarnai persada hiburan walaupun ada usaha-usaha ke arah itu seperti yang terbaru hasil arahan Ahmad Idham iaitu 'Syurga Cinta'. Marilah sama-sama kita menyokong hiburan-hiburan islami sebegini walaupun ada beberapa kelemahan di dalamnya. Janganlah kita asyik menghentam dan memberi komen sedangkan tiada apa yang kita perbuat ke arah itu. Selamat menonton :)

SINOPSIS KCB 2
__________________________________________________________

Sembilan tahun berpisah dengan ibu serta adik-adiknya membuat kepulangan Azzam dari Kairo memiliki sensasi yang luar biasa. Kerinduan yang meluber dari dadanya begitu menggelegak. Rindu kepada keluarga, rindu kepada negeri tercinta, rindu kepada senyum-senyum yang kerap semringah dari penduduk negerinya, meski dalam keadaan paling menderita sekalipun, membuatmua bergairah melangkahkan kaki di lantai bandara

Lulus S-1 dari sebuah perguruan tinggi yang memiliki pengaruh wibawa “kealiman”, tidak menyebabkan Azzam mendapat kemudahan dalam segala urusan. Dia bahkan gamang untuk mendapatkan pekerjaan yang pas. Belum lagi cibiran tetangga yang mengira bahwa lulusan Al-Azhar University otomatis menjadi kiyahi, atau ulama besar. Itu kenapa Bu’e Malikatun, sang ibu menjadi gelisah, bahkan menyuruh adik Azzam, Husna untuk mencarikan pekerjaan, apa saja yang penting asal kesannya bekerja, keluar dari rumah.

Dengan latar belakang pengalaman berwirausaha selama di Mesir, Azzam pun tidak patah semangat untuk membangun usahanya sendiri. Tetapi bagaimana dengan menikah, hal yang selalu disinggung oleh ibunya.
Wanita yang ia dambakan, Anna Althafunnisa telah dipinang sahabatnya sendiri. Sedangkan dengan Eliana yang jelas-jelas menaruh hati padanya belum bisa ia terima, karena ia masih mendambakan wanita muslimah. Azzam pun berusaha mencari tambatan hatinya, walaupun cukup banyak hambatan yang ia hadapi, yang kemudian membuatnya hampir putus asa.  

Bagaimanakah kelanjutan perjalanan cinta dan hidup Azzam ?..
Lalu bagaimana nasib pernikahan Anna & Furqon, mengingat Furqon masih menyimpan rahasia besar dalam hidupnya ?..
Akankah Eliana tergerak hatinya untuk menjadi wanita muslimah seutuhnya dan mendapatkan cinta Azzam ?..

Lihat: http://www.filmketikacintabertasbih.com/








"TARBIYYAH DIDAHULUKAN, AKIDAH DIUTAMAKAN"

Saya, Amin Idris dan Magnet Diri (www.saifulislam.com)






“Jawatan dan status penting, tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sudah jadi orang penting sebelum memegang apa-apa jawatan lagi,” saya membuat penegasan kepada seorang pemimpin mahasiswa kampus.

“Misalnya?” soal beliau.

“Ketika Hajar al-Aswad mahu diletakkan kembali ke binaan baru Kaabah pasca banjir besar di Mekah, penduduk memilih Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai penyelesai konflik. Tentu anta masih ingat,” kami meneruskan perbualan sambil menekuni kesesakan jalanraya menuju ke lokasi program.

“Ya. Ketika itu baginda belum dilantik sebagai Rasul,” ujar beliau.


“Dan tidak pula berjawatan Ketua Pemuda atau apa-apa yang seumpama dengannya. Tetapi sudah terkenal dengan gelaran al-Amin,” saya menokok.

“Al-Qawi dan al-Amin, kan ustaz?” tambah beliau, merujuk Surah al-Qasas ayat 26 yang sering saya petik dalam ceramah dan penulisan.



“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau upah untuk bekerja ialah orang yang Qawi (berkompetensi) dan Amin (bertintegriti)” [al-Qasas 28: 26]

“Itulah namanya pemimpin yang memimpin dengan pengaruh, bukan dengan jawatan,” saya membuat kesimpulan.

“Wajarlah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam digelar al-Amin walaupun belum bergelar Rasul. Manusia yang sudah sedia berkualiti, sebelum berotoriti,” sokong beliau.

“Bijak anta. Tapi ada satu lagi Amin yang hebat di zaman kita ini,” saya mengusik.

“Amin apa tu?” tanyanya dengan sedikit keliru.

“Ada pula Amin Apa! Amin Siapa sebetulnya,” saya menjawab.

“Aha, hehe. Amin Siapa, ustaz?” soal beliau.

“AMIN IDRIS… siapa lagi kalau bukan dia!” saya membalas.

“Ooo, Abang Amin Idris…” angguk beliau.

Saya geleng.

Sambil ketawa.

SAYA, AMIN IDRIS DAN MAGNET DIRI




Perkenalan kami serba sederhana. Internet banyak memainkan peranannya.

Ukhuwwah bertambah rancak apabila saya beberapa kali diundang Amin menjadi tetamunya di dalam beberapa program televisyen.

Setahun yang lalu, Amin memberitahu saya bahawa beliau sedang menyiapkan sebuah buku. Ia adalah buku yang merumuskan pemikiran atau lebih tepat disebut sebagai modul beliau dalam memperkatakan tentang motivasi diri dan kepimpinan.

Amin berjaya mencipta Niche beliau yang menjadi trade marknya khusus di bidang jururunding latihan dan motivasi. Amin Idris sinonim dengan formulanya, MAGNET DIRI.

Ia berkaitan dengan kualiti seorang manusia. Kualiti yang menjadikannya seorang pemimpin yang hebat, majikan atau majikan yang hebat, suami atau isteri yang hebat, berdiri lebih tinggi dari orang lain. Kehebatan itu ialah pada kejayaannya membina pengaruh atau dalam erti kata yang lain, meninggalkan bekas kepada setiap seorang yang berhubung atau mendampinginya.

“Saya mahu menemuramah ustaz bagi mendapatkan perspektif ustaz dalam hal ini,” kata Amin di suatu ketika.

“Supaya kita yang sama sibuk tidak menjadikan sibuk sebagai halangan, apa kata anta email kepada ana soalan-soalan yang mahu ditemuramah? Insya Allah ana akan menjawabnya,” saya memberikan cadangan.

Jawapan saya kepada soalan temuramah Amin Idris, kami bualkan bersama secara kasual di dalam beberapa siri pertemuan. Keseluruhan jawapan kepada soalan-soalan itu telah dengan murah hatinya, Amin Idris muatkan di dalam buku beliau yang bakal meletup, Insya Allah. Buku MAGNET DIRI terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. telah menyediakan 9 mukasurat (268 – 276) di bawah tajuk Magnet Diri Gaya Saiful Islam, di samping hasil temuramah beliau dengan tokoh-tokoh lain juga.



Buku Magnet Diri hasil karya Amin Idris sangat kemas, kaya dengan nota, tips, gambarajah yang semua itu sangat membantu kita dalam menstrukturkan kefahaman tentang kaedah meningkatkan kualiti diri, khususnya sebagai pemimpin, yang kita semua memikul kemuliaan itu di atas setiap bahu mukallaf yang hidupnya ada makna dan ada tujuan.

Saya sangat mencadangkan kepada anda semua untuk mendapatkan senaskhah buku ini, malah hadiahkanlah juga ia kepada sesiapa sahaja yang anda harapkan dirinya itu menjadi manusia yang berkesan dalam kehidupan. Sebagai permulaan, hadiahkan kepada diri anda sendiri, buah tangan Amin Idris yang dihadiahkannya untuk kita semua.

Sesuai untuk murid sekolah, pelajar universiti, pemimpin persatuan, pendakwah, suami, dan sekalian anda yang adalah pemimpin, bahawa setiap pemimpin itu pasti nanti akan disoal tentang kepimpinannya.

Amin Idris adalah seorang tokoh muda yang cepat mencuri perhatian saya. Bagai ada satu tarikan untuk saya mengikuti perkembangannya, berdamping dengan hasil kerjanya dan teruja menyaksikan kemajuannya. Biar pun jarang berjumpa, sekali sekala bertemu terasa begitu dekat di hati.

Rupa-rupanya saya sudah ditarik oleh sebuah MAGNET DIRI. Tambah menarik, segala rahsia pengaruh seorang yang bernama Amin Idris, saya temui dalam karya bestarinya, MAGNET DIRI.

Membaca MAGNET DIRI menjadikan saya sibuk. Sibuk berfikir, sibuk mencatat, sibuk memproses dan sibuk bercermin diri. Kepada sesiapa yang yakin bahawa kekuatan PENGARUH mengatasi KUASA, buku MAGNET DIRI ini mengesahkannya.

Tahniah kepada Amin Idris.

Anda memang manusia bermagnet!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

p/s: ternanti-nanti gaimana 'rupanya' buku ini.

Marhaban duhai Ramadhan..



hadirnya lama dinanti...
menggamit rasa cinta bersemi..


dia hadir kembali setelah lama dinanti.. bukan seperti 'pungguk rindukan rembulan' yang cintanya tidak mungkin dibalasi...tetapi cinta ini seperti kekasih yang merindukan hari yang dijanjikan padanya lebih baik dari seribu bulan... mungkin setelah lama kekurangan dalam melakukan amal ibadat.. inilah masa yang paling sesuai untuk menumpahkan segala rasa cinta yang bersemi.... terkadang noda-noda dunia yang bagaikan melambai-lambai, menggamit-menggamit kita untuk bersamanya menyebabkan kita terleka seketika... sedangan para sahabat sahaja sering mengadu mengenai kerisauan dengan iman mereka...apatah lagi kita sebagai hamba di akhir zaman yang diibaratkan Rasulullah sebagai zaman umat Islam yang berkualiti buih-buih di lautan.. Umar Al-Khattab sahaja pernah bertanya kepada Huzaifah iaitu satu-satunya sahabat yang memegang rahsia Rasulullah tentang siapa golongan munafiq dikalangan orang Islam samaada beliau termasuk dikalangan munafiq tersebut. Subhanallah, manusia sehebat Umar sahaja risau tentang imannya.. apatah lagi kita.. sekiranya kita merasakan iman kita sentiasa mantap sentiasa, maka checklah kembali diri kita. muhasabahlah diri kerana takut-takut kita tertipu dengan amalan yang kita kerjakan itu...begitu juga ketika hati merasakan diri lebih baik berbanding manusia lain, maka ketika itu jugalah hati itu perlu diperhalusi agar tidak terpedaya dengan bisikan syaitan..

moga-moga iman yang ketandusan selama ini dapat dibanjiri dengan nur ramadhan yang ditunggu oleh penghuni di langit dan dibumi...hatta mereka yang telah lama meninggalkan dunia yang fana ini juga menunggu-nunggu kehadiran bulan ini... jangan dek kerana sibuk untuk persiapan aidilfitri, maka kita terlupa dengan persiapan ramadhan.. ramadhan hanya sekali setahun, belum tentu kita bernafas lagi di ramadhan yang akan datang. Maka ambillah peluang ini untuk menambahakan amal ibadat buat bekalan di 'penjelmaan' yang akan datang...

Dan sambutan kemerdekaan tahun ini juga berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana jatuh dalam bulan Ramadhan.. Maka sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita bebaskan diri kita dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah.. biar ber'tuan'kan manusia tetapi jangan sampai ber'tuhan'...banyakkan mengajak kepada kebaikan bukan mengejek.. terus mengkaji, jangan asyik mengeji... akhir kalam, selamat berpuasa kepada semua.. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna...

Permata yang Menyinar

A.D.I.L...manusia sering membincangkan persoalan keadilan..di mana-mana tempat, topik mengenai keadilan hangat diperbincangkan oleh para pimpinan sehinggalah ke peringkat akar umbi. Para pemimpin politik dari segenap parti sibuk memperjuangkan keadilan mengikut prinsip & ideologi masing-masing. Justeru itu terbitlah undang-undang mahupun peraturan bagi menjustifikasikan keadilan bagi manusia. Namun, apakah maksud sebenar keadilan itu??? Dan bagaimanakah kita mahu menawarkan keadilan kepada seluruh manusia? Adakah peraturan-peraturan hasil celupan manusia itu benar-benar adil atau boleh dipertikaikan? adakah boleh disamakan pengertian keadilan dengan 'fair' atau 'balance'? sesestengah individu pabila ditanyakan maksud keadilan maka akan dijawabnya pembahagian hak kesamarataan bagi setiap manusia..Mungkin mereka memahami keadilan itu adalah memberikan hak yang sama rata pada seseorang atau setiap orang ...walau apun definisinya Islam ada jawapannya. Adil di sisi Islam itu bermaksud "meletakkan sesuatu itu pada tempatnya"... Tempat di sini juga bermaksud kondisi, suasana dan sebagainya.


Dalam Al-quran, terdapat banyak ayat yang memperkatakan mengenai 'adil'..salah satunya ialah dalam Surah Al-Maidah ayat ke-8

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Ayat tersebut menjelaskan tentang betapa perlunya bersikap adil terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira identiti mahupun kedudukan seseorang itu. Maka ayat itu dihabisi dengan sesiapa yang bersikap adil maka ia merupakan ciri-ciri orang bertakwa. Seterusnya dalam Surah An-Nisa, awal ayat yang ke-11,

"Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan...hingga akhir.."


Maka persoalan yang ditimbulkan oleh golongan feminisme (golongan yang dikatakan memperjuangkan hak-hak wanita) disini mengapa dalam ayat tersebut (ayat pertama di muka bumi yang menceritakan tentang ilmu pecahan/fraction)yang termasuk dalam bidang faraid (pembahagian harta pusaka),anak-anak perempuan yang kematian ibu bapa mereka memperolehi hanya satu bahagian berbanding anak-anak lelaki yang memperolehi dua bahagian. Di manakah letaknya keadilan dalam Islam itu yang seolah-olah merendahkan martabat serta mengetepikan hak wanita dalam mendapat harta yang diwariskan oleh ibu bapa mereka?? Tidakkah keadilan itu memberikan hak yang sama rata kepada pihak-pihak yang terlibat? Apakah hukum-hukum Islam itu lari dari prinsip-prinsip keadilan.


Namun, bersabar dahulu wahai saudara dan saudari sekelian, Allah telah mengetahui apa yang tersirat dihati manusia. Maka jawapannya juga terdapat dalam surah berkenaan. Dalil Naqlinya dalam Surah An-Nisa ayat yang ke-34:


"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar"


Maka dalam ayat tersebut telah dinyatakan bahawa lelaki adalah pemimpin bagi wanita. Ada di antara ulama' yang berpandangan kalimah 'Qawwamun' dalam ayat tersebut bukan sekadar pemimpin, bahkan ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul. Maka berbalik pada soalan awal tadi, anak lelaki tersebut perlu mengambil alih tanggungjawab untuk memimpin keluarga dengan dibantu oleh anak-anak yang lain. Maka bahagian harta yang diperolehi itu bukan sekadar untuk dirinya tetapi jua untuk meneruskan kehidupan keluarganya. Bahkan, dalam ayat tersebut dinyatakan ‘karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.’ yang menguatkan lagi pandangan tersebut. Tetapi anak perempuan yang beroleh setengah bahagian daripada anak lelaki, harta tersebut adalah miliknya secara peribadi...Jadi, terpulanglah anak perempuan tersebut bagaimana untuk menggunakan harta tersebut. Namun, mereka dianjurkan untuk membantu perkembangan keluarganya atas dasar toleransi.



Maka mengapakah mereka masih mempersoalkan keadilan dalam Islam, secara logiknya mengikut ilmu perubatan lelaki dan wanita itu mempunyai ciri-ciri fizikal yang berbeza. Malah emosi keduanya juga berlainan kerana dipengaruhi oleh hormon yang berbeza. Hormon ini yang mengatur mekanisme-mekanisma dan proses dalam badan manusia. Lelaki dan wanita mempunyai hormon-hormon yang berbeza.Walaupun ada yang sama tetapi ia tetap berbeza dari segi kuantitinya. Maka bagaimanakah kita boleh mengatakan kedua-duanya mempunyai pemikiran dan kemampuan yang benar-benar sama. Walaupun tidak dinafikan wanita sekarang telah duduk dan berdiri sama tinggi dengan lelaki, namun kedua-dua ciptaan Allah ini tetap sahaja mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Perkara ini jugalah yang dibincangkan oleh John Gray dalam bukunya 'Men are from Mars, Women are from Venus' yang menceritakan tentang perbezaan lelaki dan wanita terutamanya dari segi pemikiran dan komunikasi. Disebabkan itu jualah lelaki dan wanita mempunyai peranan masing-masing dalam membantu menegakkan kalimah Allah di muka bumi mahupun menaikkan taraf negara, bangsa mahupun keluarga yang tercinta...



Oleh itu, Islam merupakan agama yang menaikkan taraf wanita di mata masyarakat di mana tamadun-tamadun lain sebelum Islam memandang wanita sebagai bangsa yang hina, simbol seks dan pembawa malapetaka. Contonya, pada zaman Tamadun Hindus, isteri yang kematian suaminya harus ditanam hidup-hidup bersama mayat suami mereka. Selain itu, kesalahan yang dilakukan oleh suami mereka juga menyebabkan isteri-isteri mereka yang tidak bersalah dihukum. Hatta pada zaman Arab jahiliyah, anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup kerana di anggap membawa bala kepada keluarga. Walaupun tanpa mereka sedari, tanpa wanita, mana mungkin mereka wujud di dunia ini. Trend seperti itu masih boleh dilihat juga walaupun dunia semakin moden. Masakan tidak, ada pepatah mengatakan 'Menjaga anak perempuan seorang lebih susah berbanding menjaga kerbau sekandang' Kalau dihayati betul-betul, pepatah ini 'makan dalam' tetapi, terpulanglah pada penilaian masing-masing untuk menginterpretasinya. Tidak kurang juga masyarakat Barat yang dikatakan sebagai bangsa yang moden dan kehadapan dalam pembangunan material. Tetapi para wanitanya menjadi bahan peragaan dan simbol seks dalam masyarakat mereka. Adakah ini yang dikatakan keadilan bagi wanita??



Maka sebenarnya Islam yang telah menaikkan martabat wanita di dalam mukjizat teragung Nabi Muhammad iaitu dengan turunnya Surah An- Nur dan Surah An-Nisa. Buktinya juga bagaimana darjat ibu itu ditinggikan melalui sebuah hadis baginda yang menceritakan orang yang patut dimuliakan selepas Allah dan Rasul adalah ibu. Ia telah diulang sebanyak 3x oleh Baginda sebelum menyebut bapa. Maka para wanita Islam usahlah merasa lemah dan terpedaya dengan fitnah yang dilontarkan oleh golongan tersebut kerana Islamlah yang sebenarnya menaikkan martabat wanita dikala bangsa-bangsa lain merendahkan darjat wanita tanpa mereka sedari. Namun, pada akhirnya lelaki dan wanita mu'min itu tetap mempunyai destinasi cinta yang sama. Dan pada akhirnya yang membezakan kemuliaan antara keduanya adalah TAQWA seperti dalam ayat ini:


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Al-Hujuraat:13)



"Di sebalik bersih wajahmu...
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung yang tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi
Berbekal pada janji mengabdikan diri..."


Sang hijau..



Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak


Terkadang sebuah kehidupan itu ibarat sepohon pokok yang berakar tunjang kerna tegar saja ia menjerumuskan akarnya ke perut bumi lantas menyediakan satu 'space' yang mapan dan jitu buatnya buat menghadapi jerit payahnya di dunia yang fana ini ..

Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan


Tanpa akar yang menjunam ke dasar bumi jua, tiadalah ertinya batang yang tegap mahupun buah-buahan yang meranum kerana bisa sahaja sang pokok rebah menyembah bumi tatkala angin ribut menjengah kunjung ...

Hari-hari yang dilalui dengan menjemur diri di bawah terik sang mentari bagi berfotosintesis;menukar tenaga elektromagnet kepada tenaga kimia, membesar dan menerbitkan buah serta menguntumkan bunga-bunga sebagai 'primary producer' buat rakyat disekeliling membina tenaga...... meskipun dilempari oleh batu-batu di jalanan..meskipun tidak dipedulikan..bak kata imam Hasan Al-Banna "jadilah seperti pepohon yang bisa saja mengirimkan buah-buahnya ke dasar bumi meskipun dilempari dengan batu-batu keras"....Nah, meskipun begitu, kekadang ia juga tidak dapat lari dari hukum alam lantas menjadi sepohon pokok yang pasrah lagi berserah....gaimana tidaknya...parasit-parasit dan virus-virus noda sentiasa saja menyingkap tabir kehidupan seorang pohon, mengintai buat menanti kesempatan untuk berteduh di balik rimbunan pohon, menyerap nutrien pada pohon lantas sepohon pokok lantas tiada berdaya dan hanya menanti sisa-sisa kehidupan yang tidak ampuh lagi diperjuangkan...



Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan


Nah, wahai sepohon pokok...mengapa kau masih lagi tegar lagi mebiarkan jasadmu diratah rakus oleh sang parasit-parasit yang tida mengenal erti jerit payah makhluk lain meneruskan sisa kehidupan yang perlu diperjuangkan ini, buat membina generasi-generasi yang bakal menyuburkan kembali bumi-bumi yang kegersangan ini....

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran


justeru itu sang pokok, carilah rakan-rakan simbiosismu yang bisa berkongsi suka-duka bersamamu....segala jerit kepayahan tidak lagi disimpan dilubuk sanubari malah wadi floem yang dulu gersang bisa lestari kembali berkat ukhwah yang dibina bersama sahabat bersetiakawan...malah kegembiraan dan rezeki hasil karunia dari yang Maha Esa jua bisa saja di kongsi bersama...walaupun sedikit, tetap saja mencukupi asbab dari keberkatan dari ukhwah perpaduan yang di metrai...

Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang