Evolusi....




Suria yang suram, menanti waktu…..
Senja berlabuh ku terasa pilu….
Di depan angin kedengaran…..
Bagai mengalun wirama indah…
Ku sengaja menutupi rasa hati selama ini…..
Namun tak mampu kependamkan rahsia dalam sanubari….


My brothers and sisters,

…..terkadang hidup ini mungkin sahaja dilayari dengan penuh keindahan bagi sesetengah manusia……sehingga alpa bahkan telupa pada kewujudan makhluk-makhluk lain di dunia ini…..yang bukan sedikit peri penting serta memainkan peranan penting bagi kehidupan manusia itu sendiri….antaranya termasuklah virus, bakteria, parasit..sehinggalah kita terkesan dengan mikrob tadi melalui penyakit seperti Anthrax, Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS), Tuberculosis dll….dan sehinggalah mikroskop cahaya dicipta oleh Anthony Loewenhoek dan mikroskop electron oleh Ruska, barulah kita sedar akan kewujudan makhluk yang pastinya tidak tegar dilihat dengan kornea manusia di bawah paras normal…..namun ada yang lebih kecil dari mikrob-mikrob tadi sehingga tidak dapat dilihat hatta dengan mikroskop sekalipun iaitu atom ….atom-atom inilah yang merupakan ‘basic structure’ yang membina semua benda disekeliling kita…..pastinya kewujudannya amat bernilai walaupun kewujudannya seringkali tidak disedari.. …

……ketahuilah, sebesar atau sekecil mana sesuatu kejadian itu sebenarnya ia bukanlah perkara pokok….tapi yang lebih aula (penting) adalah bagaimana ia memberi manafaat kepada makhluk lain kerna tidaklah Allah menjadikan sesuatu kejadian tersebut dengan sia-sia….pastinya terkandung seribu hikmah yang terselit mahupun yang ‘terlepas pandang’ disebalik tiap-tiap kejadian itu…..Cuma kita sahaja sebagai insan perlu mengkaji serta membuat penilitian agar tiap-tiap yang bermanfaat itu dimanfaatkan sepenuhnya….

“(iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: ‘Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka” (Ali-Imran; 3:191)


……tapi aneh rasanya dalam sanubari ini pabila ada manusia seperti Charles Darwin mengemukakan Teori Evolusi 150 tahun yang lalu tegar mengatakan bahawa segala kejadian berlaku dengan sendirinya dan secara kebetulan……contoh teori beliau adalah reptilia terjadi daripada ikan dan paling popular di kalangan kita ialah manusia terbentuk daripada beruk….ini sememangnya suatu fakta yang mengelirukan dan tidak bernas sama sekali......dalam kajian sains..apabila suatu teori itu dikemukan, perlu ada ‘ evidence’ untuk mengukuhkan teori tersebut…..tapi sehingga ke hari ini para penyokong mahupun pendokong teori evolusi masih gagal membawa sebarang fosil makhluk separuh manusia dan separuh beruk…..cuma yang ada sekadar gambar lukisan serta fosil beruk yang telah pupus dan fosil-fosil manusia kepunyaan bangsa/etnik yang berbeza yang telah diselewengkan….

….dan sudah barang tentunya para penyokong teori evolusi terlupa bahawa perbezaan terbesar di antara seorang manusia dan seekor beruk ialah manusia mempunyai jiwa manakala beruk tidak…manusia mempunyai kesedaran….mereka berfikir, bercakap dan meluahkan pandangan mereka kepada orang lain dalam ayat-ayat yang rasional, berperasaan dll…..kesemuanya ini berpaksi pada jiwa manusia…..oleh itu, untuk menjadi manusia…beruk bukan sahaja perlu melalui banyak perubahan fizikal bahkan perubahan rohani serta jiwa…..apakah terdapat kuasa semulajadi atau kuasa ‘kebetulan’ yang dapat melakukan perubahan demi perubahan tersebut???...

……..tepuk dada, tanyalah hati…kerna hati bersih, firasatnya sempurna …tapi pabila hati dikotori, bisikannya bukan lagi kebenaran…kerna kebenaran itu sudah dihijab…

“malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)!kami tidak mempunyai pengetahuan selain daripada yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang maha mengetahui, lagi maha bijaksana” (Al-Baqarah 2:32)





References

1. Harun Yahya. “Keajaiban Ciptaan Allah”. Saba Islamic Media.Januari 2004
2. Al-Quran dan terjemahan







~pakcu: alhamdulillah exam mid term dah abis smlm….dpt gak release tension….n
merasai nikmat tido yg sebenar…..credits to housemate esp bad coz msk menu best 4 our dinner…ayam msk merah…..respect n suspectla bad…pasnie ~pakcu kenala blajar msk pulak yer…..
x lupe kpd al-akh saufy yang bakal bergelar raja sehari pada 11 Sept di kajang….dgn ucapan…cogratz…smg kalian berbahgia di sni mahupun di sna…..moga dpt zuriat yg soleh solehah…dgn iringan lagu daripda Rabbani ‘selamat pengantin baru’…… 