Sekeping Hati yang Dibawa Berlari..ish ish..Kemana tu???

hidup ini terkadang umpama langit….
yang tidak selalu cerah…
dan terkadang hidup ini umpama awan…
yang tidak selalu putih….


……itulah selayaknya kiasan sebuah kehidupan itu….tidak dapat lari daripada mehnah dan halwah……yang sentiasa melingkari mahupun mewarnai kehidupan itu……tanpa sebuah kesusahan…tiadalah nikmat sebuah kesyukuran itu……kerna..kenikmatan yang bertandang itu seringkali tidak kita dihiraukan…dan terkadang terlepas dari pandangan…dan pabila ianya hilang, barulah dikesalkan…..


…..begitu jua semangat kita …terkadang berkobar-kobar…..bahkan terasa bagaikan meluap-luap dan mengujakan…….dan terkadang merudup…..bak bunga kembang pagi lagaknya……ikut climate (mungkin ikut mood..)…..kerna memang dasarnya iman seorang insan (yang bermaksud lupa) itu yazid (bertambah) dan berkurang (yanqus)….di tambah pula hati seorang insan itu mudah berbolak-balik…..hari ini hatinya berkata begini … dan esok hati berkata begitu……demikian itu kerna hati merupakan raja yang duduk bersemayam dalam diri seseorang….manakala akalnya merupakan permaisuri yang mandampingi serta mengikut rajanya….pabila baik serta elok rajanya…..akan baik pula permaisuri serta rakyat-rakyat jelata yang lain….ini dapat diketemukan dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud…


“dalam diri manusia itu terdapat seketul daging…pabila baik daging itu maka akan baiklah pula yang lain…pabila buruk daging itu ..buruklah pula yang lain…ketahuilah bahwa daging tersebut adalah hati”

…..ketahuilah bahawa penyakit hati itu lebih teruk berbanding penyakit fizikal kerna penyakit fizikal hanya dideritai didunia…..tetapi andai penyakit hati yang dihadapi….kemelaratannya bukan takat didunia..tetapi bakal dibawa ke akhirat kelak…..
bersabda Rasulullah saw…



“setiap amal itu ada masa semangatnya dan ada masa lemahnya…barangsiapa yang pada masa lemahnya dia dalam sunnahku, maka dia telah beruntung..namun barangsiapa yang beralih selain itu bererti dia telah celaka” (H.R Ahamad)


..maka virus futur (down) itu merupakan sesuatu perkara yang wajar….kerna nabi sahaja pernah manghadapinya….apatah lagi insan seperti kita…..namun jangan sahaja dibiarkan melata (growth and multiply) didalam diri..kelak ia akan menjahanamkan sendiri…pujanga ada mengatakan….

sekeping hati dibawa berlari….
jauh melalui jalanan sepi…
jalan kebenaran indah terbentang ….
di depan matamu para pejuang….




…..apakah hati itu bisa di bawa berlari????andainya ia tegar dibawa kesana kemari….kemanakah laluan yang patut disinggahinya????apakah matlamat disebalik perjalanan yang dilaluinya????…….inilah FAQ yang sentisa berlegar-legar bersama kehidupan sang ‘hati’….adakah jalanan yang bakal ditempuhinya itu luas bahkan dihampari dengan permaidani duniawi ….atau jalanan sempit penuh ribut badai, tidak ketinggalan onak duri melandasi malah merintangi disepanjang perjalanan…..namun, ketahuilah sesempit atau seperit manapun jalanan itu….matlamatnya adalah pasti …sedangkan jalanan luas yang dipagari dengan gemerlapan lampu-lampu neon kenistaan itu bakal menuju kepada kehancuran…..kerana menjadi sunnah dalam berjuang …..dimana ada kepahitan, disitu terselit kemanisan….kerna janji Allah itu pasti…….


tuhan leraikanlah dunia…
yang mendiam diadalam hatiku…
kerana di situ tidak ku mampu….
memupuk dua cinta…
hanya cintamu kuharap tumbuh..
di bajai bangkai nafsu yang kubunuh……………