Hidayat minallah...

Terbukanya hati ahli Farmakologi Thailand

Profesor Tajaten Tahasen, Dekan Fakulti Farmasi Universitas Chiang Mai Thailand baru-baru ini menyatakan diri masuk Islam saat mambaca makalah Profesor Keith Moore dari Amerika. Keith Moore dari Amerika. Keith Moore adalah ahli Embriologi terkemuka dari Kanada yang mengutip surah An-Nisa ayat 56 yang menjelaskan bahawa luka akibat terbakar yang cukup dalam tidak menimbulkan sakit kerna hujung-hujung saraf deria sudah hilang.

Setelah pulang ke Thailand, Tajaten menjelaskan penemuannya kepada mahasiswanya, akhirnya mahasiswanya sebanyak lima orang menyatakakan diri masuk Islam.

Surah An Nisa tersebut antara lain menyatakan sebagaimana berikut: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka, setiap kali kulit mereka terbakar hangus, kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain agar mereka dapat merasakan pedihnya azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

Ditijau secara anatomi, lapisan kulit kita terdiri atas lima lapisan global iaitu, epidermis, dermis dan 'sub cutaneous'. Pada lapisan 'sub cutaneous' banyak mengandungi hujung-hujung pembuluh darah dan saraf.Pada saat terjadi 'combustio grade III' (luka terbakar yang telah menembusi 'sub cutaneous')salah satu tandanya ialah hilangnya rasa ngilu. Hal ini disebabkan kerana sudah tidak berfungsinya hujung-hujung serabut saraf efferent dan afferent. Itulah sebabnya Allah menumbuhkan kembali kulit yang rosak pada saat Dia menyeksa hambaNya yang kafir supaya hamba tersebut dapat merasakan pedihnya azab Allah tersebut. Maha Besar Allah yang telahmenyisipkan firman-firmanNya lewat tubuh dan informasi sebahagian kebesaranNya lewat tubuh, kromosom, pembuluh darah, pembuluh saraf dan sebagainya.

'Rabbanaa maa halaqta haadzha baathila, Ya Allah tidak ada sedikitipun yang Engkau ciptakan itu sia-sia.





Referensi:

1. Dr. KH. Didin Hafidhuddin, M.Sc. "Super Mentoring." Percetakan Syaamil Cipta
Media. Bandung.