sesungguhnya memanggil-manggil di kegelapan malam
burung merpati yang bertenggek di atas dahan kayu
ia terus sahaja memanggil-manggil
sedangkan aku asyik dalam lamunanku
bohong..
sebenarnya aku bohong demi Tuhan Baitullah
seandainya benar aku orang yang asyik dengan Tuhanku
sudah tentu burung itu tidak akan mendahuluiku menangis
aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta
bersangatan dahaga untuk bertemu kasih
namun kenapa aku masih belum pandai menangis
sepertinmana menangisnya burung itu
~pakcu: hari ini kau bebas terbang kesana kemari
yang pastinya esok pasti kau akan turun menyembah bumi ini