futuwwah..

Mengambil sempena kata-kata Syarifah Nusaybah, seorang hartawan global dan strategis;


"Mungkin kita tak berjaya dalam waktu kita, sahabat. Tapi kita mesti memulakan, kerana kita orang muda, kita remaja, kita fata yang berpegang kepada futuwwah..."



firman Allah dalam kalamNya:

"sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, nescaya mereka akan mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama)Allah, 'Jikalau kami sanggup nescaya kami akan berangkat bersamamu.' Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang yang berdusta."
~At-Taubah 9:42~



Glosari:

Futuwwah : dalam bahasa Inggeris di sebut mystical youth atau spiritual chivalry, manakala dalam bahasa Parsi dikenali sebagai jawanmardi; secara mudahnya bermaksud etika atau juga kekesatriaan spiritual dengan ciri-ciri tertentu.


Referensi:

1. 15111H. Kombat. Faisal Tehrani. Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd. Kuala Lumpur. 2005. hal.390