lembu oo lembu...where r u??




"dan sesungguhnya kami jadikan pada binatang ternak itu sebagai pengajaran kepada kamu..Kami berikan kamu minum dari perutnya..susu murni antara kotoran dan darah...dan muda ditelan bagi sesiapa yang meminumnya" ~An-nahl 16:66~

..kalimah Allah nan mulia ini telah diturunkan 1400 tahun yang lampau...namun, amat menakjubkan apabila ia menceritakan tentang proses alam yang berkaitan dengan penghasilan susu esp bagi haiwan....secara ringkasnya, proses kimia berlaku di dalam intestine (usus) dan di situ bahn-bahan diekstrak daripada makanan yang dihadam oleh haiwan tersebut....

..kemudian..bahan-bahan tadi akan masuk ke peredaran darah di dalam tubuhnya malalui satu sistem penghadaman yang kompleks...dan ada di antaranya yang akan melalui liver (hati) dan ia bgantung kepada kandungan bahan tersebut dari segi kimia..

...peredaran darah akan mengangkut kesemua hasil campuran bahan-bahan tersebut ke seluruh organ tubuh dan akhirnya melalui 'mammary glands'...iaitu kelenjar mammary yang bertanggujawab untuk menghasilkan susu....

..dan walaupun susu tersebut asalnya bercampur dengan bahan lain seperti darah di dalam sirkulasi (circulation)..namun adalah menjadi suatu ketakjuban apabila ia boleh diminum secara terus dan bersahaja....(kalau dapat tahan dengan bau serta rasanya)...dan kebanyakan susu kini di'biotek'kan dengan menambah perisa serta pewarna yang dibenarkan....dan sebagai penambahan nutrien...sesuai bagi mereka yang memerlukan kadar kalsium yang tinggi untuk pembentukan tulang...dan lain-lain nutrien seperti natrium, vitamin A,B dan lain-lain....

..terdapat ayat lain dalam al-furqan yang menceritakan tentang perihal ini....check it out..

"dan sesungguhnya kami jadikan pengajaran..Kami memberi minum kamu dari (air susu)yang ada dalam perutnya, dan padanya juga terdapat banyak manafaat untukmu, dan sebahagian darinya kamu makan (daging)" ~Al-mu'minun 23:21~

...tidakkah kita mahu berfikir...

"dan sesungguhnya, telah kami mudahkan al-quran untuk peringatan, maka dakah orang yang mahu mengambil pelajaran" ~Al-Qamar 54:17~


Refrensi:

1. Al-quran dan terjemahan
2. Qur'an & Modern Science. Compatible or Incompatible. Dr.Zakir Abdul Karim Naik. Saba Islamic Media. Kuala Lumpur. 2001. hal. 46 & 47


mengapa nantikan senja???..
baru terdetik tuk pulang ke pengkalan....
mengapa idak sekarang...
atau menanti si dia menjemput pulang???