you're so lucky...

Quote of d day:

“apabila mereka melemparimu dengan batu-batu..maka jadikanlah batu-batu itu untk membina mahligaimu…pabila mereka menghadiahkan dirimu dgn bunga..maka berikanlah ia pada mereka yang telah berusaha mengajarmu”

Terumbang ambing adalah merpakan ciri orang yang ditimpa musibah dan di hempas bencana…...rumahnya selalu dipenuhi suasana kedukaan…...disetiap epidermis wajahnya mengalir air mata sebagaimana deruan air terjun sang gunung dicelah hutan khatulistiwa…

..sesungguhnya betapa banyaknya penderitaan yg terjadi, dan betapa ramainya pula mereka yang sanggup bersabar menghadapinya…maka kita bukanlah d ‘one & only’ orang yang pernah ditimpa bencana mahupun dibaluti dgn kehampaan….bahkan, mungkin penderitaan atau bencana yg menimpa kita tidaklah seberapa seandainya dibandingkan dengan bencana orang lain..lihatlah betapa ramai manusia di dunia ini yang terbaring sakit diatas katil selama bertahun-tahun lamnya dan mereka yang mampu membolak-balikkan badannya sahaja, lalu merintih kesakitan dan menjerit sbg ekspresi akibat daripada penderitaan yang tidak terhingga….selain itu, perjuangan elawan penderitaan para ibu tunggal membesarkan anak-anak mereka dengan tulang empat kerat mereka seperti yang digambarkan dalam bersamamu tv3…

..malah betapa ramai orang yang dipenjara selama bertahun-tahun lamanya tanpa dapat melihat cahaya sang mentari mahupun sinaran sang rembulan walaupun sekali ..dan mereka ini hanya bermain dengan jeriji-jeriji besi yang setia menemani mereka..

…betapa ramai orang tua yang kehilangan cahaya hati mereka pada saat masih muda belia…betapa ramainya manusia didunia ini yang menderita, mendapat ujian dan cubaan, belum lagi mereka yang setiap detik hidup bersama kesempitan yang membelenggu diri mereka..

..malah siswa-siswa yang tidak meperoleh cgpa seperti yang didambakan…malah terpaksa repeat, re-sit….bahkan yang lebih teruk terpaksa bertukar ke bidang lain atas sebab yang tertentu…

..mungkin kita mengalami penderitaan serta kekurangan dari suatu sudut…tapi ingatlah kita masih mempunyai potensi serta kelebihan dari sudut yang lain..maka terpulang pada empunya diri bagaimana mahu memanfaatkannya

..hidup ini merupakan penjara bagi orang mu’min dan singgahsana bagi kesedihan, penderitan malah kehampaan…. di pagi hari bisa saja istana-istana kehidupan penuh sesak dengan penghuninya , namun menjelang senja sahaja istana itu bisa runtuh…

..mungkin jua sehingga detik ini kekuatan kita masih utuh, badan masih sihat, harta melimpah-ruah dan keturunan yang ramai, akal yang mantap…namun dalam hitungan beberapa hari sahaja kondisinya bisa berubah; jatuh miskin, kematian yang tidak mengenal ‘wait n see’, perpisahan yang tidah pernah diundang dan sakit yang datang menziarahi…



Dan telah nyata bagimu bagaimana Kami berbuat terhadap mereka dan telah Kami berikan kepadamu beberapa perumpamaan.. (Ibrahim: 45)


…oleh itu, sebaiknya kita hendaklah mempersiapkan diri sebagaimana persiapan seekor unta berpengalaman yang akan mengiringi perjalanan tuannya menyeberangi gurun sahara…bandingkanlah jua penderitaamu dengan penderitaan orang yang berada disekelilingmu dan orang-orang yang wujud sebelum ini….agar kita sedar bahawa kondisi kita jauh lebih baik berbanding mereka…bahkan kita akan merasakan bahawa penderitaan kita hanyalah sebahagian dari duri-duri sembilu kecil yang tiada ertinya berbanding dengan serpihan kaca yang boleh mengakibatkan efek yang lebih teruk…maka bersyukurlah kepada Allah diatas nikmat ang diberiknNya selama ini..muhasabah dan bantulah mereka yang memerlukan….sesengguhnya manusia itu hanya akan menilai apa yg ada padanya setelah kehilangannya…

…so..sempena maulidurasul 1427H ini….ambilh iktibar dari suri teladan Rasulullah saw…beliau merupkan insan yang paling banyak menerima dugaan dan penderitaan disepanjang hidupnya..tetapi leh kerana sikap optimis dan keyakinan pada Allah…maka baginda telah berjaya menyebarkan Islam malah membina Negara Islam yang pertama dalam lipatan sejarah iaitu Madinah..malah baginda merupakan manusia yang diletakkan pd kedududukan teratas didalam carta manusia-manusia yang terhebat dan mempengaruhi dunia…


“apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagimana halnya orang-orang ang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam dugaan)” (al-baqarah: 214)



'bantulah mereka yang tidak berupaya..:)