Pada 29 dan 30 Mei 2006, Menteri Luar Palestin, Dr Mahmoud Zahar telah berada di Kuala Lumpur untuk persidangan NAM. Wartawan Palestinkini.info , Maszlee Malik telah berkesempatan untuk menemuramah beliau. Berikut adalah ringkasan pesanan beliau untuk rakyat Malaysia...
Jikalau anda merasakan kemenangan HAMAS adalah kemenangan kumpulan radikal yang ingin menegakkan cita-cita politik mereka, maka anda silap!
Jika anda merasakan isu Palestin hanya merupakan isu rakyat Palestin yang inginkan kemerdekaan setompok kecil dari bumi Allah yang luas, anda juga silap!
Jika anda merasakan bahawa kami (rakyat Palestin) ingin mengemis duit anda untuk mengisi kekosongan perut kami, anda sememangnya telah melakukan kesilapan yang amat besar!
Isu Palestin merupakan isu umat Islam sedunia. Umat Islam bertanggung jawab di atas setiap inci daripada tanah air mereka. Para ulama telah berijmak, bahawa hukum mempertahankan bumi umat Islam adalah wajib jika ianya dijajah, apatah lagi jika yang dijajah itu merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid ketiga suci dan juga bumi Israk dan Mikraj.
Di dalam kitab hadis musnad Imam Ahmad, ada disebutkan bahawa akan sentiasa ada sekelompok umat Islam di Baitul Maqdis dan sekeliling Baitul Maqdis yang akan sentiasa berjihad menentang musuh Allah. Mereka akan berkekalan dan tetap di atas perjuangan sehingga hari kiamat. Kini, hadis tersebut telah menjadi kenyataan. Kami, rakyat Palestin telah dipilih dan dimuliakan oleh Allah untuk menjadi golongan tersebut. Kami telah dipilih oleh Allah untuk menjadi barisan hadapan umat Islam di dalam melawan musuh Allah yang ingin meruntuhkan Masjid al-Aqsa dan membunuh kesatuan umat Islam.
Isu Palestin merupakan isu umat Islam sedunia. Umat Islam bertanggung jawab di atas setiap inci daripada tanah air mereka.
Ya, saya tidak menafikan, tidak semua rakyat Palestin mempunyai ciri-ciri golongan yang telah disebutkan. Bukan semua juga rakyat Palestin berpeluang mengecapi keistimewaan ini. Bagi mereka yang jauh daripada Allah, bagi mereka yang tidak beriman dengan Allah, bagi mereka yang sanggup bekerjasama dengan pihak penjajah Zionis, bagi mereka yang korupsi, bagi mereka yang sanggup membunuh para pejuang Palestin, bagi mereka yang menjadi agen AS dan Zionis...mereka semua tidak layak mendapat penghormatan ini. Pilihan Allah hanyalah untuk mereka yang bertaqwa dan memperjuangkan penegakan syariatNya.
Di atas kesedaran inilah HAMAS muncul untuk mengembalikan rakyat Palestin ke landasan jihad yang sebenar. Di atas kesedaran inilah juga HAMAS ingin membawa rakyat Palestin untuk menjadi manusia yang telah dipilih Allah dan dipuji oleh Rasulullah SAW. Di atas kesedaran ini jugalah HAMAS akan berusaha menjadikan semua umat Islam berpeluang untuk menjadi golonga yang telah disebutkan di dalam hadis tersebut.
Sejarah telah menyaksikan bagaimana isu Palestin ini sebenarnya merupakan isu ummah dan bukannya isu sesuatu kaum dan bangsa sahaja. Saidaina Omar pada tahun 16 Hijrah dari Madinah telah bertanggungjawab mengIslamkan bumi Palestin yang merupakan sebahagian daripada wilayah Syam. Sewaktu tentera Salib menawan Baitul Maqdis selama hampir seratus tahun, Salahudin al-Ayubi yang berketurunan Kurdi dari Mesir telah memerdekakannya. Ketika Tatar ingin menyerang Baitul Maqdis, Sultan Muzafar Qutz yang berketurunan Parsi dari Mesir telah menyelamatkannya pula. Begitulah universalnya bumi ini di dalam hati umat Islam. Ianya milik umat Islam sedunia dan bukan milik rakyat Palestin semata-mata.
Begitu juga halnya perjuangan mempertahankan bumi Palestin dari penjajahan Zionis dan British pada tahun-tahun 30'an dan 40'an juga menjadi isu umat Islam. Pejuang-pejuang Islam dari Mesir, Syria dan Jordan merupakan di antara mereka yang telah terlibat di dalam usaha tersebut. Ada juga fakta sejarah yang menunjukkan, para pejuang Islam dari Asia juga turut terlibat di dalam usaha memepertahankan bumi al-Aqsa pada waktu itu. Ianya berterusan dihayati oleh umat Islam sehinggalah tahun 1967. Kekalahan negara-negara Arab yang pada waktu itu amat beriman dengan fikiran sosialis Nasirisme telah menjadi titik tolak kemunduran perjuangan pembebasan Palestin dan al-Aqsa. Jamal Abdul Naser telah bertanggunbgjawab mengecilkan isu ini menjadi isu bangsa Arab. Selepas beliau, Yaser Arafat melalui PLOnya pula telah mengecilkan lagi isu ini menjadi isu rakyat Palestin semata-mata. Beliau jugalah yang telah menjadikan isu ini semakin kecil dengan mengenepikan isu pelarian Palestin seramai enam juta di luar Palestin. Akhirnya isu Palestin telah dijadikan isu Arafat ataupun Fatah semata-mata. Begitulah berjayanya pihak musuh di dalam melarikan isu ini daripada umat Islam.
Kini, HAMAS yang telah diberikan kepercayaan oleh rakyat Palestin utnuk memerintah mereka akan berusaha mengembalikan isu ini kepada tuan empunyanya, iaitu umat Islam. Mengapa kami merayu USD 1 dari setiap muslim?, adakah semata-mata untuk mengisi perut kami?, tidak sekali-kali!
Rakyat Palestin telah biasa hidup di dalam kesusahan. Kami akan relah hidup di dalam kesengsaraan dan kepayahan demi menjalankan tanggungjawab kami untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa dan juga bumi Palestin. Pengorbanan kami akan menjadi jawapan kami di hadapan Allah SWT nanti. Kami akan terus berkorban dan berjuang demi keredhaan Illahi.
Tujuan utama rayuan tersebut adalah simbolik untuk memberitahu uamt Islam, bahawa isu Palestin, isu masjid al-Aqsa adalah isu ummah dan bukan hanya isu rakyat Palestin. Kami ingin umat sekali lagi mengulangi sejarah untuk membawa umat Islam kembali memainkan peranan mereka. Itulah tugas kami, bagaimana pulakah tugas anda?
Anda mungkin bertanyakan, apakah rakyat palestin di bawah pimpinan HAMAS akan menang di dalam pertarungan ini?, bukankah sekarang ini mereka ditekan, disekat, dan dikenakan 1001 kezaliman. Ramai juga yang mungkin skeptik dengan mengatakan, kami tidak akan bertahan lama dan akan kembali mengikuti jejak orang terdahulu yang telah mengkhianati perjuangan rakyat Palestin melalui perdamaian dengan pihak penjajah.
Kami tegaskan di sini. AS bukanlah Tuhan yang memberikan rezeki!, EU juga bukanlah tuhan yang memberikan rezeki!, kami tegaskan juga Rejim Zionis bukanlah Tuhan yang tidak akan dapat ditewaskan oleh sesiapa!
Tuhan kami adalah Allah. Lembaran tamadun manusia telah menyaksikan bagaimana kuasa yang hebat-hebat runtuh dengan takdir Allah. Firaun, Aad, Thamud, Empayar Rom, empayar Parsi dan lain-lain lagi kuasa besar telah jatuh. Begitu juga dengan AS, EU dan juga rejim Zionis. Di atas dasar inilah kami akan tetap berjuang dan tidak akan mengulangi kesilapan mereka yang terdahulu!
Kami punya Allah. Kami juga punya umat Islam di seluruh dunia di dalam perjuangan suci ini. Kami yakin, umat Islam akan kembali membantu kami dan tidak akan membiarkan kami berseorangan. Itulah janji Allah, itulah janji Rasulullah SAW. Berjaya atau gagalnya perjuangan kami, adalah berjaya atau gagalnya umat Islam untuk turut serta di dalam perjuangan ini. Kami hanyalah wakil anda di barisan hadapan. Anda semua adalah para pejuang yang akan membebaskan al-Aqsa dan bumi Palestin.
Kepada rakyat Malaysia saya menyeru supaya anda turut serta di dalam perjuangan ini walau hanya dengan doa sekalipun. Di malam yang hening, ketika orang lain lena berdengkur melayan mimpi-mimpi mereka, bangkitlah untuk menyucikan diri. Bertaubatlah kepada Tuhan, dan titiplah di akhir doa kalian kemenangan buat umat Islam di Palestin. Titipkan jugalah doa agar Allah memberikan kekalahan yang maha hebat kepada pihak penjajah Zionis. Titipkan jugalah doa, agar kami semua tetap komited dengan perjuangan sehinggalah al-Aqsa berjaya dimerdekakan.
Kami punya Allah. Kami juga punya umat Islam di seluruh dunia di dalam perjuangan suci ini. Kami yakin, umat Islam akan kembali membantu kami dan tidak akan membiarkan kami berseorangan.
Kepada kalian juga kami berharap agar kalian berusaha keras untuk berdakwah kepada bukan Islam. Perkenalkan Islam yang serba indah indah in kepada mereka. Promosikan jugalah keindahan syariat Islam kepada mereka. Anda semua bertuah kerana telah dipilih oleh Allah untuk berada di Malaysia. Masyarakat majmuk berbilang agama yang ramai ini memerlukan usaha anda yang majoriti untuk berdakwah kepada mereka. Jika kami menjadi wakil anda di medan jihad untuk membebaskan al-Aqsa, kami ingin anda pula menjadi wakil kami untuk menyampaikan Islam kepada bukan muslim, terutamanya masyarakat Cina yang terkenal dengan sikap rajin dan kuat bekerja. Kaum Cina akan menjadi aset yang besar kepada umat Islam jika mereka menerima Islam sebagai cara hidup. Kepada andalah kami sandarkan harapan agar Islam berkembang di bumi Malaysia ini.
Sebagai penutup, saya ingin menegaskan kepada rakyat Malaysia, bahawa perjuangan membebaskan al-Aqsa dan negara Palestin adalah tugas kita semua. Kita semua akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T. mengenainya di akhirat nanti. Meskipun kami berada di barisan hadapan, namun doa dan sumbangan anda semua akan tetap menjadikan anda semua sebahagian daripada kami. Andai kami terkorban syahid dan anda semua tidak jemu membantu dan mendoakan kami, kami akan bermohon kepada Allah agar anda semua akan bersama kami disurga nanti. Ingatlah Islam pasti menang, Islam pasti berkembang di seluruh dunia, Islam pasti akan memerintah sekali lagi, Islam akan kembali gemilang, dan al-Aqsa akan sekali lagi dimerdekakan...
Allah Akbar Walillahilhamd!
RM1 setiap bulan kepada Palestin
Masukkan derma anda ke dalam akaun:
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797
----------------
Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787
Pertanyaan : 03-89267019
dipetik dari www.palestinkini.info