Di mata budi hancur punah
Di waktu islam hancur musnah
Ku terkenang nabi membawa hidayah
Pahlawan agama yang gagah
Pembawa undang2 yang indah
Pembanteras agama yang salah
Pemimpin umat yang berjasa
Handal pendekar lagi perkasa
Dengan ilmumu yang tajam
Memusnah musuh yang kejam
Biar musuh memutih di bumi
Namun undur tdk sekali
Sungguh kau berhati kota
Bersemangatkan besi waja
Kaulah pesuruh Allah tercinta
Wajahmu terbayang diruang mata
Saban tahun umat islam akan mengenang kembali peristiwa isra n mikraj seperti yang dinukilkan dlm quran dalam surah al-isra (17:1). Kisah seorang lelaki lantaran dek kerna cintanya pada sebuah umat, sanggup bertemu tuhanNya demi ingin mengurangkan kesulitan umat yang dicintainya. Oleh yang demikian itulah dia dicaci, dikeji, dicemuh oleh sang2 jahil yang pernah mengelar baginda sbg al-amin suatu tika dahulu semata2 kerna menceritakan ttg bagaimana baginda di isra'kan dari masjidil haram ke masjid al-aqsa (yang diberkahi disedelilingnya) dan di ‘mikraj’kan sehingga ke langit.. Hingga akhirnya bangun seorang as-siddiq membenarkan kt-kata baginda itu seraya berkata “andainya Muhammad berkata lebih dari ini maka aku tetap beriman padanya”.
Demikianlah bagaimana hasil tarbiyah yang efektif seorang yang berkarisma dan mempunyai ‘self-esteem’ yang jitu akan melahirkan sosok-sosok yang mantap…..peristiwa ini digambarkn oleh sheikh muhammad iqbal melalui kata2nya "seandainya aku yang menjadi seperti Muhammad...maka aku tdk akan pernah turun ke muka bumi lagi setelah smp di Sidratul Muntaha.."..masakan tdk... nikmat2 syurga yang dilihat akan menarik hati siapa sahaja yang melihatnya.....itulah kisah seorang ‘murabbi agung’ muslimin…. Dek kerna memikirkan ttg umatnya n ingin menyampaikan risalah dakwahnya yang amat diyakininya maka ribut taufan yang menggila tdk pernah diendahkan apatah lagi duri di spnjg perjalanan…..kerana iktikadnya yang satu sentiasa menguatkan jiwanya agar jgn pernah mengalah selagi hayat dikandung badn….bak kata2 murabbi yang sering menjadi suber inspirasi.. “seandainya jiwamu kuat..maka badanmu akan terasa lelah”… namun tetap digagahkan jua demi sebuah pjuangan mnuju ke destinasi cinta yang pasti..
Bak kata seorang ikhwah “jadilah satu daripada mata2 rantaian dakwah…seandainya tidak mampu jadilah debu2 dijalanan dakwah....biar tdk pernah dipandang bahagiannya tetap ada disisi Allah”…............sepertimana kisah seekor burung kecil yang hanya membawa air yang sedikit dengan paruhnya demi untuk memadamkan api yang marak menyala yang sedang membakar nabi ibrahim…..wpun ia sedar usahanya itu pastinya tidak akan mendatangkan sebarang hasil..namun yang pasti ia tidak perlu takut seandainya ditanya oleh allah kelak tentang apa yang dilakukan olehnya untuk menolong nabi ibrahim……..
dan sudah barang tentunya dakwah ini tdk memerlukan kita bahkan kita yang berhajat kepada dakwah….kerna seandainya kita melupakan jalan yang ditunjukkan oleh para anbiya’ wa solehin ini…pastinya Allah akan menggantikan kita dengan suatu kaum yang lebih baik n ikhlas berbanding kita sepertimana umat-umat terdahulu… dan oleh kerna umat sekarang semakin lama makin melupakan tugas ini maka islam hari ini menjadi dhaif dan tertindas….seandainya dua elemen penting ini iaitu dakwah dan jihad ditinggalkan maka umat islam akan menjadi suatu golongan yang mundur….ini disebabkan umat islam akan melupakan haknya terhadap sesama muslim seperti membantu dan menasihati saudaranya…..
Bak kata Hasan Al-banna..mujadid kurun ke-21 dalam Majmu’ Al-Rasail’ Hasan Al-Banna’ “..kita ingin umat mengetahui bahawa kita berkerja untuk mereka lebih dari kita bekerja untuk diri kami sendiri" maka oleh sebab umat islam hari ini hanya ‘menjaga tepi kain sendiri’…maka kita lupa pada saudara-saudara kita yang menderita zahir mahupun batin…wpun kelihatan pada zahirnya tiada sebarang masalah namun ‘heart disease’ (penyakit hati) pada batinnya bisa merebak pada bila-bila masa sahaja…seandainya tdk dirawat sepantas mungkin maka akan membawa kepada chronic stage…dan ketika itu segalanya sudah terlambat…kerna penyakit fizikal itu deritanya hanya di dunia namun penyakit hati (batin) disebabkan oleh maksiat maka akibatnya hingga ke akhirat nanti…maka jadilah potensi Salahuddin Al-Ayubi abad ke 21 yang mampu meruntuhkan tembok2 yang memisahkan seorang Muslim dengan saudaranya yang lain…dan kemudiannya membina kembali bangunan modal insan berteraskan ‘upholding d quran n realizing d sunnah..’….atau jadilah seorang doktor yang mampu merawat penyakit batin umat dengan membawakan ilaj (ubat) yang berkapsulkan ‘..inviting ma’ruf n forbidding d mungkar’
Maka akan kedengaranlah suara2 spt…”iman saya belum cukup sempurna” atau “ saya belum cukup ilmu..” Mengambil sempena kata-kata Imam Hanafi
“…seandainya bebanan dakwah itu terletak pada bahu2 mereka yang sempurna shj..maka tidak akan ada sesiapa pun yang akan menggalas tanggungjawab dakwah ini” .
....bahkan siapa di dunia ini yang sudah cukup ilmunya??malah sudah sempurna pula imannya???…maka sudah pastinya tiada seorang pun yang pernah cukup ilmu atau sempurna imannya..…oleh kerna itulah proses pengajian tdk akan pernah habis...."talaba ilmi minal mahdi ilal lahdi"....(tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)
Maka tanggungjawab ini perlu di galas demi meneruskan cinta Rasulullah….jgn pernah mendambakan pd hasil yang banyak…yang penting adalah usaha….kerna pemberi hidayah bukanlah kita tetapi allah…wpun hasilnya belum pasti namun sekurang2nya kita sudah berusaha…..moga2 usaha kita diberkati dengan berlandaskan jalan salafussoleh…n menjadi pelepas tanggungjawab di akhirat kelak
“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati suatu kaum yang akan dibinasakan dan diazab Allah dengan azab yang sgt keras?” Mereka menjawab “Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada TuhanMu, dan agar mereka bertakwa” (Al-a’raf 7 :164)