dipondok kecil
di pantai ombak
berbuih putih
beralun-alun
disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu
diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang
jangan menangis
andai ayah gugur
doakan dia syahid
selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam
wahai abang ku
kemana ayah
ku sayang ayah
ku cinta ayah
duhai adik ku sayang
jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua
pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam
terkenang zaman kanak-kanak dulu...sekolah rendah...zaman kegemilangan munsyid sepeti nadamurni, the zikr, nahwan nur n banyak lagi sampai tak ingat... n lagu yang sering meniti di bibir kanak-kanak ialah lagu di pondok kecil ...entah mengapa lagu ini sering manjadi siulan bebudak n tidak kurang juga bagi yang dewasa....mungkin sebab elemen simpati yang menjadikan nya begitu diminati.....kekadang boleh menaikkan bulu roma...saya juga tidak ketinggalan meminati lagu nasyid-nasyid era padang pasir ni...walaupun tanpa seghairah elemen muzik masakini...dengan percussion yang sekadarnya atau tiada langsung...ia masih mampu menggegarkan batin-batin serta meledakkan eritrosit dalam arteri-vena......bak kt penulis buku 'bagaimana menata hati' ...kata-kata yang menarik sahaja belum tentu boleh meruntuhkan hati pendengarnya...tapi perlulah disertai dengan niat yang ikhlas....mungkin ia akan lebih bisa mempengaruhi hati-hati pendengarnya...
kembali kepada tajuk....mungkin kerana pemikiran saya yang masih cetek lagi ketika itu.....saya hanya meminati lagunya tanpa mengendahkan liriknya...sangkaan saya lagu ini mengenai seorang anak yang kematian bapa....punca tdk diketahui krn masih dlm siasatn....
tapi sehinggalah kemudiannya setelah berbelas-belas tahun berlalu...ketika saya memutarkan radio di dalam kereta....tiba2 shj lagu ini menyapa...dengan diberi nafas baru....pabila saya perhatikan liriknya, saraf simpatetik saya kembali teruja dengan tindakan 'fight n flight' nya...bulu roma saya tegak berdiri.....barulah saya faham akan maksud yang ingin disampaikan oleh penulis lagu tersebut....ia berkaitan dengan seorang bapa yang memberi nasihat dan kata-kata terakhir kepada anaknya sebelum berangkat ke medan jihad...dan kata-kata itu disambut dengan linangan air mata ambil mendoakan pemergian ayah mereka biarpun hati mereka remuk redam....si abang pula yang lebih kuat semangat berbanding adiknya menasihati adiknya dengan pesan ayahanda mereka agar berjuang n terus berkorban...kerna suatu hari nanti pasti akan datang giliran mereka pula menyahut panggilan syahid...
lagu ni memang ada kaitan dengan kondisi di palestine n lubnan sekarang....cerita seperti ini pastinya bukan suatu perkara yang ganjil di sana.....dengan setiap hari dunia menyaksikan penderitaan umat islam oleh kuasa yahudi laknatullah itu...namun tetap sahaja si syahid datang dan pergi kerna sememangnya semuanya sudah dijanjikan Allah dalam kalamNya...
" dia antara orang2 mukmin itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. dan di antara mereka ada yang gugur, dan di anatara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)" (al:ahzab:23
dan benarlah seperti kata Dr Mahmoud Zahar, Menteri Luar Palestina semasa kehadirannya di Kuala Lumpur (enteri lepas),
"Di dalam kitab hadis musnad Imam Ahmad, ada disebutkan bahawa akan sentiasa ada sekelompok umat Islam di Baitul Maqdis dan sekeliling Baitul Maqdis yang akan sentiasa berjihad menentang musuh Allah. Mereka akan berkekalan dan tetap di atas perjuangan sehingga hari kiamat. Kini, hadis tersebut telah menjadi kenyataan. Kami, rakyat Palestin telah dipilih dan dimuliakan oleh Allah untuk menjadi golongan tersebut. Kami telah dipilih oleh Allah untuk menjadi barisan hadapan umat Islam di dalam melawan musuh Allah yang ingin meruntuhkan Masjid al-Aqsa dan membunuh kesatuan umat Islam."
..benar-benar mereka telah dipilih Allah...jadinya kita disini jangan pernah lupa mendokan agar mereka sentiasa beristiqamah n beristimrar dalam perjuangan...itulah seminima bantuan dari seorang saudara seakidah....