::BILA HATI MULA BERKATA-KATA:: ::LIDAH TIDAK PERLU MENUTURKAN KATA-KATA:: ::KERNA TINTA LEKA BERBICARA:: ....islam and life are connected....without islam there's no life...life without islam is empty and meaningless.... "jasad senantiasa tenang..minda sentiasa berperang"
Virus Murtad yang Merbahaya
“Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan datangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah lembut terhadap terhadap orang-orang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan orang yang tidak takut kepada celaan orang yang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha luas (pemberianNya), Maha Mengetahui.” (Al-Maidah:54)
Firman Allah ini ditujukan buat orang-orang yang beriman dimana Allah menegaskan bahawa barangsiapa diantara mereka yang murtad (keluar dari agama Islam), maka Allah akan menggantikan mereka dengan suatu kaum yang lebih mencintai Allah dan Allah jua mencintai mereka. Maka apabila perkataan ‘menggantikan’ digunakan dalam ayat ini secara tidak langsung menyebabkan mereka akan terpaling dari kecintaan Allah.
Isu yang hangat diperkatakan sekarang ini adalah mengenai seorang wanita bernama Azlina Jailani @ Lina Joy yang mengaku telah murtad semenjak tahun 1990 dan telah memohon sebanyak beberapa kali kepada pihak mahkamah untuk murtad secara rasmi. Dengan kata lain dia mahu menghilangkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya. Sebenarnya isu ini bukanlah merupakan suatu isu yang baru, malah telah banyak rentetan peristiwa-peristiwa murtad yang berlaku dalam masyarakat kita. Antaranya ialah kes Natrah, Nyonya Tahir, Kamariah Ali, Aisyah Bukhari, Muhammad Abdullah @ Moorthy,
Maksud hadith;
Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)
"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh"
(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)
Mengapa Islam memandang berat masalah murtad sehingga hukum bunuh menjadi taruhan bagi sesiapa yang murtad dari Islam. Ini adalah kerana Islam amat mementingkan persoalan akidah. Maka tidak hairanlah selama 13 tahun Rasulullah berada di Mekah, baginda menekankan persoalan akidah dan Tauhid sehinggakan para sahabat baginda yang baru memeluk Islam seperti Sumayyah, Yasir, Bilal sanggup mati dan menderita disiksa demi mempertahankan akidah mereka biarpun baru mengenali Islam. Maka kesan ditarbiyah sebegitu rupa menjadikan mereka sosok-sosok yang tidak gentar pada hukuman di dunia sementara demi untuk ‘hidup’ di dunia selama-lamanya.
Islam juga memandang implikasi hasil daripada mereka yang telah murtad. Walaupun dikatakan bahawa isu murtad adalah isu ‘personal’, tetapi mereka ini secara langsung mahupun tidak akan memberi kesan kepada individu yang berada di sekeliling mereka terutamanya juga kepada ,mereka yang ingin mengisytiharkan diri untuk murtad. Menurut mufti Perak, Dato’ Harussani mengatakan bahawa kajian yang telah dijalankan oleh 8 orang professional; 250,000 orang telah murtad dan 100,000 masih menunggu permohonan untuk murtad. Maka kes ini merupakan kes yang ditunggu saban lama oleh mereka yang telah murtad di Malaysia, malah pertubuhan-pertubuhan luar yang ingin mengambil peluang di atas kelemahan sistem perundangan di Malaysia. Masakan Lina Joy berani untuk mencabar undang-undang sekiranya tanpa sokongan luar. Tetapi apa yang menyedihkan, sokongan yang diberikan bukan setakat oleh orang bukan Islam, malah orang Islam serta pertubuhan yang kononnya Islam, ada yang bertindak untuk membela Lina Joy seperti Majlis Peguam dan Sister in Islam.
Isu akidah di dalam Islam bukanlah isu yang remeh-temeh. Malah sekiranya seorang sahaja yang murtad maka ia adalah sesuatu yang perlu di kesali, inikan pula beratus-ratus ribu orang yang telah murtad di Malaysia! Sesetengah orang mungkin tidak percaya dengan angka yang sebegini besar. Tetapi, isu murtad ini bukanlah suatu isu yang baru, malah sejak zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah wujud golongan ini lalu diperangi oleh Abu Bakar.
Bayangkan sebuah pohon di luar rumah kita, sudah tentunya akar merupakan benda yang terpenting bagi sebuah pohon. Dari akarlah lahirnya batang, dahan, daun, bunga serta buah. Tanpa akar yang tidak dapat dilihat itulah maka tidak akan wujud pohon itu. Maka seperti itu jua seorang Muslim, apa yang terpenting baginya ialah akidah. Tanpa akidah, mak tidak bernilai syariat, ibadat, muamalat, akhlak seseorang Muslim itu. Dan sudah barang tentu akidah seseorang itu tidak dapat dilihat secara zahir sepertimana ibadat, syariat, akhlak seseorang itu. Akidah seseorang itu tercemar apabila niat, kata-kata serta perbuatannya menunjukkan bahawa dia telah murtad.
Namun kes ini telah menaikkan sensitiviti umat Islam yang sering leka. Bahkan orang-orang Melayu bagaikan terjaga dari tidur dan turun berbondong-bondong bagi menyatkan bntahan bagi kes ini. Kita doakan moga-moga kes yang berlaku ini tidak akan berulang di Malaysia. Bantulah menyebarkan serta menyedarkan umat Islam tentang virus murtad yang kian membimbangkan ini.
seperti yang disiarkan dalam artikel "Aspirasi"..2nd edition..