"band of brothers.....bond of LOVE" ~sense of belonging~
"mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka, (teman yang masih hidup dan tetap berjihad di jalan Allah) bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati" (Al-Imran 3:170)
L.O.V.E.....perbahasan yang tidak pernah akan henti sampai bila2....mengungkapkannya sahaja terasa indah ....apatah lagi meresapinya ke seluruh anggota badan...
Bak kata pujangga....tidur ngak pernah lena, mandinya tidak pernah basah, makannya pula tiada pernah terasa di lidah...
"mengapa berat ungkapan cinta selagi hayat terasa?"
Cinta itu perlu diungkapkan sebelum terlewat.....tapi kata2 sahaja tidak akan pernah membuktikan sedalam mana perasaan tersebut...maka perlulah lahir dari hati yang ikhlas, mulus dan kudus.....dari mata turunlah ke hati...dari hati, terungkaplah cinta....lalu di realitikan melalui amal yang lahir dari manifestasi sebuah cinta...maka itulah yang dibuktikan oleh para sahabat ketika datangnya panggilan jihad ......."kami dengar dan kami taat"....diam dirumah sahaja di waktu sempit mahupun senggang atau di waktu muda mahupun tua bukanlah identiti seorang pejuang....bukankah manifesto iman itu meyakini dengan hati, melafazkan dengan kata-kata dan membenarkannya lewat amalan....
"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (At-Taubah 9:41)
"ku gelintar segenap maya..dambakan sebutir hakikat..untukku semai menjadi sepohon makrifat...moga dapatku berteduh direndang kasihmu.."
akidah (input) -> amal soleh (process) -> akhlak (output)
kerana Allah tidak pernah melihat pada rupa paras mahupun harta seseorang, tetapi pada mahkota ketaqwaan yang mendiami singgahsana hati itu..
Maka cinta yang tulus, mulus dan kudus itu bukanlah terletak pada betapa sejauh mana cinta seorang pria terhadap wanitanya sehingga lautan renang sanggup direnangi sekalipun tidak pernah belajar berenang.....cinta yang hanya disaluti ayat2 cinta sehingga membutakan sang wanita sehingga sanggup mengorbankan segalanya demi membuktikan cintanya yang agung terhadap pria terhebat dambaanya.....bak kat seorang Al-Akh ketika pengisiannya.."remaja sekarang ni bercinta dah macam brtunang, bertunang dah macam berkahwin..bila dah kahwin, mcm bercerai pulak..." ish..ish....mana tidaknya tema movie2, serta drama Melayu kebanyakkannya merupakan picisan yang sentiasa memaparkan tentang kecelaruan keluarga Melayu spt yang diungkapkan oleh seorang motivator.....masalah rumahtangga, suami/isteri curang, anak derhaka, masalah sosial remaja2, penceraian suami-isteri, hiburan keterlaluan...sehinggakan perkara2 sebegini dianggap biasa dan lumrah dalam kehidupan mereka yang beridentitikan Islam di dalam Mykad walaupun disisi Islam ia tidak pernah sesekali dianggap enteng...inilah cinta yg berbenihkan nafsu syahwat dan kejauhan daripada syariat...bukan lahir dari jiwa yang suci....maka kedengaranlah kata2 "cinta itu fitrah"...ya...memang benar cinta itu adalah fitrah...tidak hairanlah Allah mencipta Hawa buat mendampingi Adam dikala dia keseorangan, kesepian walaupun mendiami istana syurga .... tetapi cinta yang suci dan bersendikan syariat adalah pabila termetrinya perjanjian seumur hidup ijab & qabul bagi pasangan tersebut yang menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan perempuan....bukan kata2 indah yang dilafazkan dibawah lidungan sang rembulan mahupun terik sang mentari...
"Dan orang2 yang beriman, berserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam surga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang mereka kerjakan" (At-Tur 52:21)
Oleh itu cinta yang hakiki itu apabila bersemikan iman & taqwa....yang mendahulukan Allah & Rasul dari segala2nya.....kerana cinta yang mendahulukan selain Allah maka ianya hanya bersifat sementara...manakala cinta yang meprioritaskan Allah, Rasul & Jihad melebihi segala2nya maka akan menyuburkan pepohon cinta yang dahannya membuahkan bunga mawaddah serta buahan rahmah....