Merdeka??? merdeka sinonim dengan istilah bebas......benarkah merdeka itu benar-benar merupakan satu kebebasan....apapun pengertian merdeka dari persektif intelektual,cerdik-pandai atau yang hanya memandai-mandai kita harus menghormatinya...namun, merdeka dari kacamata islam merupakan pembebasan dari sesama manusia kepada pengabdian pada Rab nan satu...pembebasan dari penjajahan mental dan bukan fizikal semata-mata...bagaimana Bilal Bin Rabah yang dijajah oleh tuannya dari jasadnya, namun, hatinya tetap merdeka dengan kehadiran islam disudut hatinya...maka biarpun kita telah bebas dari segi fizikal, belum tentu kita bebas dari segi mentaliti....biarpun luaran kita telah bebas dari kongkongan Barat, namun realitinya mental kita masih dijajah dengan Ghazwu Fikr (serangan pemikiran) yang tidak pernah berhenti dari melancarkan peluru-pelurunya ke pemikiran kita...budaya-budaya Barat masih lagi bergelumang dalam identiti remaja sekarang...Insaflah, betapa bangsa kita masih berada di ranking pertama penagihan dadah, mat rempit, kes-kes juvana....manakala dari segi akademik dan ekonomi bangsa kita masih jauh ketinggalan berbanding bangsa lain....menangisi peserta program realiti tv yang tersingkir tapi masih mampu tersenyum melihat agama sendiri diinjak-injak di seluruh dunia....maka apakah yang perlu kita banggakan dengan kemerdekaan ini seandainya jiwa kita masih belum mereka.....adakah cukup dengan menjerit-jeit di ambang kemerdekaan, melaung-laung di konsert....berpeleseran kesana-kemari....mengapa tidak kita bermuhasabah dan bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang dikurniakan Allah ini??biarpun kita meyakini bahawa Islam bakal mendominasi dunia..namun adakah kita berusaha kearahnya??...kelak, kita tidak akan dipersoalkan akan hasilnya tetapi usaha yang pernah kita lakukan kearahnya....tanggungjawab ini merupak tugasan kita semua yang beridentiikan Muslim....kerana mungkin bukan pada zaman kita...namun yang pasti mungin anak-cucu-cicit kita yang bakal mengecapinya....wallahu ta'ala a'lam......aduh...bangsaku..umatku....ampuni kelemahan daku wahai Tuhanku....merdekakanlah jiwa kami ini..
nasyid yang telah lama tidak didengari...nasyid santai-santai merdeka...
Damai Yang Hilang
Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergaadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan