Perkongsian Pintar



Kerana Kau ku masih di sini..


Kerana Kau ku bisa menangis..



Lirik lagu Alleycats ini sering kedengaran di corong-corong radio suatu tika dahulu dan sehingga ke hari ini ia sering dimainkan oleh deejay-dejay radio..penyanyinya yang merupakan seorang berketurunan india tetapi fasih berbahasa Melayu masih disanjung walaupun telah menemui ajalnya tidak berapa lama dahulu....bukanlah lagu-lagunya ataupun liriknya yang ingin disentuh mahupun di bicarakan disini...tetapi antara sedar mahupun tidak, fenomena budaya Melayu-Islam sedikit sebanyak telah meresap ke dalam jiwa-jiwa mereka yang bukan Melayu....kebiasaan ini dapat dilihat terutamanya sekali terhadap bukan Melayu yang sentiasa bergaul dengan orang Melayu.....ucapan-ucapan Insyaallah, Astagfirullahal Adzim terkadang menjadi suatu yang lumrah bagi mereka....




Saya tidak ingin membicarakan soal hukum di sini....biarlah ia diserahkan pada yang ahlinya...Namun, bagi saya ia merupakan suatu fenomena yang memberikan faedah kepada dakwah terutamanya kepada golongan non-Muslim....mungkin di sinilah kita boleh menerangkan apa maksud kalimah-kalimah tersebut...betapa di setiap perbuatan yang kita lakukan kita tidak mengesampingkan malah menghubungkan dengan Allah, Tuhan bagi sekelian orang Islam...'Insyaallah' contohnya betapa dalam menukilkan janji kita mengharapkan keizinan Allah dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan...tanpa izinNya tidak mungkin sesuatu perkara boleh terjadi....dan dengan izin, rahmat serta kurniaNya lah sesuatu perkara tidak mustahil terjadi...Namun, apa yang dikesalkan...sesetengah orang menganggap kalimah Insyaallah hanyalah mainan janji semata....maka terbitlah simpulan bahasa baru seperti 'janji Melayu' yang bermaksud: janji yang tidak ditepati ataupun dikotakan...maka siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?





Maka sebenarnya perkara-perkara yang baik sebiginilah terkadang tidak sampai pada non-Muslim...mereka lebih memerhatikan sifat-sifat negatif pada diri Melayu mahupun orang Islam sendiri.....contohnya seorang 'Europe' ketika ditanyakan pengalamannya dalam memeluk Islam maka dijawabnya "seandainya saya hanya melihat umat Islam tanpa mengkaji apa sebenarnya Islam itu melalui Al-Quran dan bahan-bahan lain dan melalui hidayahNya, maka kemungkinan saya tidak akan memeluk Islam hingga ke saat ini" ..Maka apa yang dimaksudkan dengan kata-kata tersebut?Mungkin sebelum dia memeluk Islam, apa yang didengarnya hanyalah tentang perkara yang negatif tentang Islam melalui media contohnya ataupun akhlak seorang Islam itu sendiri yang tidak menggambarkan kesejahteraan Islam.. Saya amat bersetuju dengan kata-kata seorng cendekiawan Islam ketika seminar semasa 'International Islamic Fair 2007' anjuran IIS Foundation (kalau tidak silap) yang mengatakan walaupun Malaysia telah menyambut kemerdekaannya yang ke-50 (setengah abad), namun Islam masih belum dapat diperjelaskan dengan sempurna kepada non-Muslim..walaupun Islam itu sendiri merupakan agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan tetapi Islam itu sendiri gagal diterjemahkan dengan baik kepada mereka..sehingga non-Muslim gagal melihat Islam itu sebagai suatu tatacara kehidupan yang sejahtera.....Kawan saya sendiri yang berbangsa India tiba-tiba terkejut dan melenting ketika mendapat hadiah berupa terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Inggeris dan buku asas mengenai agama Islam walaupun ia sekadar untuk menambahkan kefahaman tentang agama-agama Islam dan agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian...setelah diterangkan tentang maksud pemberian itu barulah mereka kembali tenang...Satu lagi masalah yang agak ketara di Malaysia ini ialah kita masih belum terbuka untuk mengadakan dialog tentang perbandingan agama seperti di negara-negara lain yang lebih maju....Kita masih menganggap isu keagamaan ini merupakan isu yang sensitif maka natijahnya timbul sikap pesimis dan berfikiran negatif terhadap penganut agama-agama lain atas dasar ketidakfahaman itu tadi....



Natijahnya, apabila ada dikalangan non-Muslim yang ingin menikmati nur Islam maka majoriti dari mereka akan menempuh keadaan yang begitu sukar di atas halangan keluarga dan sanak saudara mereka..Bagi sesetengah kes, boleh diibaratkan seperti 'Biar mati anak, jangan sampai masuk Islam'..kerana bagi mereka apabila ada dikalangan saudara mereka yang masuk Islam ibarat melemparkan najis ke muka....Masuk agama selain Islam tidak mengapa, tetapi jangan masuk Islam...kerana ibaratnya masuk Islam itu seperti masuk Melayu..Apabila masuk Islam, perlu berbaju Melayu, bersongkok, berkain pelikat, berbudaya Melayu sedangkan ini tidak sepatutnya berlaku... Ini berlaku kerana kurangnya kefahaman mengenai agama Islam selain masalah orng Islam itu sendiri yang suka memelayukan saudara baru ......seorang muslimah berketurunan Cina yang saya kenali pernah menceritakan bahawa sehingga sekarang dia masih tidak dibenarkan bertudung semasa bersama keluarga walaupun telah memeluk Islam 3-4 tahun dahulu...Dalam suatu kes lain apabila si A ini memberitahu keluarganya tentang pengislamannya, maka dia diugut oleh ibu dan adik-beradiknya samaada keluar (murtad) daripada Islam atau melihat mayat mereka yang bermaksud ibunya dan adik-beradiknya mengugut untuk membunuh diri....maka saudara-saudara baru ini seakan-akan dilemma....Malah Ustaz Farhan Abdullah yang merupakan bekas paderi di sebuah gereja di Sabah diambang maut apabila dia dihunuskan dengan hujung senapang oleh bapanya ketika dia membuat pengakuan pada keluargnya setelah memeluk Islam...Namun, kuasa Allah yang menyelamatkan beliau dan dia dihalau keluar dari rumah...Maka ketika kita menghalusi satu persatu kes yang dihadapi oleh saudara-saudara Islam kita ini seaakan-akan menjawab kenyataan PM yang ingin menguatkuasakan undang-undang supaya mereka yang memeluk Islam dikehendaki mengisytiharkan pengislaman mereka kepada keluarga masing-masing....Jangan dek kerana kes-kes terpencil seperti Allahyarham Moorthy dan beberapa kes lain menyebabkan kita meletakkan saudara-saudara yang baru memeluk Islam ini dalam dilemma dan tertekan











Mereka ini boleh diumpamakan sebagai seorang bayi yang baru lahir...suci dari dosa dan noda yang lalu..Perlu diasuh dengan akidah, mengenal Tuhan yang Esa, Rasul yang mulia bukan diberatkan dengan syariat-syariat Islam terlebih dahulu....Inilah yang dilakukan Rasulullah di Makkah, menanam akidah yang mantap kepada para sahabatnya, pabila berhijrah ke Madinah, maka sahabat-sahabat yang telah tertanam akidah yang mantap pada diri mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja perintah dari Allah dan Rasullullah..."kami dengar dan kami taat"





Setelah mereka benar-benar bersedia, maka serahkanlah pada mereka untuk menentukan masa yang sesuai untuk membritahu keluarga mereka ataupun jika dikhuatiri berlaku sesuatu yang tidak diingini, maka tidak perlu bagi mereka untuk membuat pengakuan tersebut..



Oleh itu, pandangan saya, sebelum sesuatu undang-undang itu digazetkan, bertanyalah pada ahli yang lebih berpengalaman dalam hal ini seperti IIS Foundation (Bro Shah Kirit & d gang), pendekatan mereka yang 'luar biasa' dari kaedah tradisional itu banyak meberi manafaat yang baik terutamanya dakwah non-Muslim, PERKIM, MACMA, Hidayah Centre dan sebagainya.....dengarlah pandangan dan bukalah minda serta hati kita kita terhadap luahan rasa serta hati mereka yang telah lama berhadapan dengan pelbagai isu serta kes yang mebabitkan saudara baru ini tadi...apa yang kita harapkan ialah saudara-saudara baru ini tadi dapat mengenal Islam dengan lebih aman dan tenteram dan seterusnya membawa sinar Islam kepada keluarga mereka samaada secara langsung mahupun tidak....dan kita juga mengarapkan tiada lagi kes-kes murtad orang yang sudah 'sedia' Islam mahupun mereka yang baru memeluk Islam...Islam itu merupakan rahmat bagi sekelian alam termasuk bagi orang Islam dan bukan Islam....wallahu ta'ala a'lam...

"Invite to the way of thy Lord with wisdom & beautiful preaching and argue with them in ways that are best and most gracious for thy Lord knoweth best, who have strayed for His path, and who receive guidance" (An-Nahl 16:125)