Bukan Kerana Nama.. (Rest & Relax)


Saya sudah lama mendengar lagu ini. Memang tertarik dengan liriknya. Sangat memberi kesan buat kita terutamanya para penulis meng'evaluasi' kembali untuk apa kiranya kita menyemarakkan medan penulisan ini. Tidak kira samaada menulis buku, majalah, email, blog, artikel hatta sms sekalipun :), niat merupakan faktor terpenting untuk menjustifikasikan nilai amal perbuatan kita. Walaupun mungkin kelihatan di mata sesetengah jiwa media penulisan itu kelihatannya tidak memberi apa-apa sumbangan berbanding dengan media massa, tetapi sedarlah dengan menulis dan menyumbangan sesuatu untuk mebentuk fikrah ummat maka itulah yang akan mencetak peribadi-peribadi yang akan membentuk revolusi dalam diri, figur-figur dan ummat keseluruhannya. Ia telah dibuktikan di mana-mana negara sekalipun. Apakah kita masih tdidak menyedarinya?? Terima kasih para pejuang yang terus beristiqamah & beristimrar di jalan ini tidak kira apa pun 'label' & wasilah yang anda gunakan, lagu ini saya tujukan buat anda....

'Bukan Kerana Nama'

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan


Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu


Lagu: Ramli Sarip & A Romzie




“Kami menulis ini bukan kerana tidak ada pekerjaan, dan bukan pula kerana ada yang mau membacanya. Kami menulis kerana kami merasa ada nasihat yang harus kami sampaikan kepada ikhwah pengemban dakwah, sebagai satu bentuk partisipasi kami dalam ‘perjalanan’ yang diberkati ini. Perjalanan menegakkan dien dan meninggikan panji-panjinya.” (1)



Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (41:33)


Rujukan:

(1) Dr. Abdullah Azzam, “Nasehat-nasehat Rasulullah SAW Penawar Lelah Pengemban Dakwah”, Uswah (2006)