Showing posts with label buta hati. Show all posts
Showing posts with label buta hati. Show all posts

Bukan Kerana Nama.. (Rest & Relax)


Saya sudah lama mendengar lagu ini. Memang tertarik dengan liriknya. Sangat memberi kesan buat kita terutamanya para penulis meng'evaluasi' kembali untuk apa kiranya kita menyemarakkan medan penulisan ini. Tidak kira samaada menulis buku, majalah, email, blog, artikel hatta sms sekalipun :), niat merupakan faktor terpenting untuk menjustifikasikan nilai amal perbuatan kita. Walaupun mungkin kelihatan di mata sesetengah jiwa media penulisan itu kelihatannya tidak memberi apa-apa sumbangan berbanding dengan media massa, tetapi sedarlah dengan menulis dan menyumbangan sesuatu untuk mebentuk fikrah ummat maka itulah yang akan mencetak peribadi-peribadi yang akan membentuk revolusi dalam diri, figur-figur dan ummat keseluruhannya. Ia telah dibuktikan di mana-mana negara sekalipun. Apakah kita masih tdidak menyedarinya?? Terima kasih para pejuang yang terus beristiqamah & beristimrar di jalan ini tidak kira apa pun 'label' & wasilah yang anda gunakan, lagu ini saya tujukan buat anda....

'Bukan Kerana Nama'

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan


Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu


Lagu: Ramli Sarip & A Romzie




“Kami menulis ini bukan kerana tidak ada pekerjaan, dan bukan pula kerana ada yang mau membacanya. Kami menulis kerana kami merasa ada nasihat yang harus kami sampaikan kepada ikhwah pengemban dakwah, sebagai satu bentuk partisipasi kami dalam ‘perjalanan’ yang diberkati ini. Perjalanan menegakkan dien dan meninggikan panji-panjinya.” (1)



Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (41:33)


Rujukan:

(1) Dr. Abdullah Azzam, “Nasehat-nasehat Rasulullah SAW Penawar Lelah Pengemban Dakwah”, Uswah (2006)

buta???





Buta mata
Tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bila mana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman
Yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi
Orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak
Jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi

Tidak diukur...
Tidak diukur dengan masa
Tidak ada kawan
Yang dapat membantu
Tiada pengalaman
Yang memastikannya
Tiada pedoman yang menunjuk kita
Tidak ada yang pasti menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita ke negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan amal dan bakti



saat dan ketika ini menatapi skrin monitor menyiapkan kerja2 yang tertangguh sambil telinga didendangkan dengan lagu 'buta mata' ...terkenang zaman kanak2 yang riang seriang kanak2 ribena....saat kanak2 yang sentiasa manis...xperlu memikirkan sangat tentang perkara2 yang membebankan...cukup sekadar makan, minum, tidur, bermain....berlainan dengan kanak2 di negara lain...yang hidup mereka yang belum pasti lagi bisa menatap mentari pagi esok....jikalau mentari yang dilihat pagi ini, belum tentu bisa berubah kepada bulan dikegelapan maya....hari2 yang mereka lalui adalah hari2 yang mengusarkan.....makan tidak pernah kenyang...masakan tidak...makan sekali sehari itu sudah cukup mengembirakan hati mereka ...lantaran kesempitan yang menhimpit menyebabkan perut tersempit.....tidur tidak pernah lena...kerana mimpi2 merka dihiasi dengan igauan ngeri....atau bunyi2 letupan yang tidak disenangi...namun, ia telah menjadi seperti hiburan malam....menjadi suatu yang hari yang pelik seandainya tidak mendengarnya.....mandi tidak pernah basah....masakan hendak mandi....bekalan air yang ada belum tentu cukup untuk diminum...hari2 yang mereka lalui saban hari semakin mendekatkan mereka dengan dunia yang didamba mereka....dunia ini bagi mereka hanya sebuah fatarmogana yang smentara..sebuah pelayarn seketika menempuh ombak dan badai yang menyergah kapal yang dinaiki...namun, itu tidak lagi menjadi suatu masalah bagi meraka...yang penting...'by hook or by crook'..mereka harus sampai ke destinasi mereka...kerna mereka sudah mengerti....itulah destinasi yang sebenar......jiwa sudah menjadi tidak berharga .....kerana semuanya sudah diinfaqkan ke jalan ilahi...pengorbanan itu menjadi indah.....kerana dihiasi dengan janji2 Allah sebagai motivasi....dan sahabat2 yang sentiasa mengobarkan semangat...berlumba2 untuk menjadi yang terbaik dalam beramal...rasa sakit sudah menjadi kenikmatan...air mata dan darah yang tumpah mengairi bumi itu sudah menjadi terlalu biasa...

tidak hairanlah sekukur jasad yang lemah longlai dengan begitu bersemangat sekali mengobarkan semangat anak2 mudanya...w'pun bilangan meraka belum tentu memadai andai dihitung dengan akal pendek manusia...walaupun senjata mereka belum tentu sehebat
lawan mereka......tetapi merkalah yang paling mengerti...bahawa merekalah yang dipilih sebagai barisan depan kaum muslimin......lantaran itu mereka tidak begitu kisah dengan simpati yang lain..yang mungkin telah dibutakan hatinya....walaupun mata tidak pernah buta....tetapi bagaikan tidak mengetahui dan tidak mahu mengambil tahu apa yang berlaku terhadap saudara yang berdarah seakidah dengan mereka......itulah fenomena 'buta hati'....buta mata hanya setakat menderita didunia...namun 'buta hati' penderitaannya sehingga akhirat....maka saudaraku...menagapa kita masih buta lagi dengan derita yang menimpa saudara2 kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Chechen dan lain2 lagi??...mengapa kita masih membatu diri tanpa ada sekelumit pun rasa kasihan pada mereka??...dimanakah nilai2 yang diajar oleh Rasulullah untuk berkasih sayang sesama muslim ??...walaupun belum pernah bertentang mata....namun darah yang mengalir didalam badan kita dan mereka adalah sama iaitu darah seakidah....lantaran itu, mengapa kita masih merasa berat untuk memboikot barangan U.S dan Israel yang mengisytiharkan secara terang-terangan bantuan kepada Israel....dan yg paling mudah adalah menyedekahkan doa buat mereka ...meningati mereka di dalam doa...moga Allah sentiasa membantu mereka di medan juang....ameen...


www.palestinkini.info