Hepi frenship day :) ...(masih adakah waktu buat kita?)


Tatkala kaki melangkah
Hati ini pasti terusik
Persis keliru di sapa bayu
Sampaikah aku ke destinasiMu
Cukupkah aku dengan bekalanku
Atau masihkah aku terawang-awang
Umpama lelayang di langit nan biru…

Tika itu…
Detik itu…
Puas kufikirkan…
Bagaimana agaknya melayar bahtera
Agar ku senantiasa menjadi perhatianMu
Disayangi, dirindu, dibelai dan dimanja
Kerana tak dapat kubohongi
Halusnya hati, hinanya insani

Saat perkenalan itu…
Ku susunkan kata-kata indah
Ku bariskan madah-madah doa
Ku lafazkan butir ucapan kasih
Agar Kau mengerti dan fahami
Naluri hati nan suci..


Namun…
Ada ketikanya aku terfikir sejenak
Ikhlaskah aku mencintaiMu
Tuluskah kata-kataku padaMu
Dan pada nokhtah itu
Ku fahami wadi kalbuku
Ku ukirkan senyuman puas
Tanda kebenaran jalanku pada yang teristimewa…

Benar..
Ku akui aku insan yang buta tuli..
PadaMu kuserahkan
PadaMu kuharapkan
Kerna kutahu Kau tak pernah dan tak akan
Menjanjikan makna kekecewaan…

Saat ini…
Aku amat yakin dan pasti
Kau telah menghadiahi
Sesuatu yang amat bererti
Tanda cintaku padaMu berbalas…

Seringkali kuimpikan seorang teman di sisi
Tiap kali kuidamkan sahabat sejati
Buat peneman mengharungi onak duri…
Hari ini..
Terasa bagaikan aku bermimpi
Kerna doaku dimakbulkanMu, Ya Illahi..

Alhamdulillah
Terima kasih Ya Maha Pengasih
Tiada ungkapan yang mampu dilafazkan
Selain tanda mensyukuri nikmatMu
Mengurniakan seseorang..
Bergelar teman dan sahabat…


Jika disingkap memori usang
Pasti tiada siapa menyangka
Kau menganugerahkannya padaku
Terima kasih sekali lagi Ya Rahman
Kerna menghamparkan ukhwah yang indah
Dalam kamus hidupku…

Ku kutip segala kenangan
Ku simpan segala kata-kata
Ku patrikan segala puisi ciptaan
Lalu ku ungkaikan menjadi butiran madah
Buat peneman diri
Di kala sunyi mengharungi rintangan perjalanan…

Seringkali ku lafazkan
Dia amat istimewa
Dia peneman tatkala aku memerlukan
Bagi mengisi lubuk jiwa dan rohani
Dia peneman tatkala aku kesedihan
Bagi mengisi kedukaan di hati
Dia peneman tatkala aku kekosongan
Bagi mengisi ruang tersasar…

Walaupun kufahami
Hakikat sebenar kehidupan
Tiada kesempurnaan di dunia fana
Melainkan diriMu Yang Maha Kuasa
Walaupun ku mengerti
Setiap yang bermula pasti berakhir
Setiap yang indah hanya sementara
Setiap yang cantik sekadar pinjaman
Namun mengenalinya
Sebagai sahabatku arrijal
Bagaikan wujudnya erti kesempurnaan
Hampir tiada cacat celanya
Kaya budi, kaya ilmu, kaya bahasa, kaya segalanya…


Ku pinta padaMu Ya Rabbul Izzati
Peliharalah tautan ukhwah kami
Supaya aku tak merasai sebuah kehilangan
Supaya aku tak menikmati sudut kekosongan
Supaya dapat kami anyamkan
Kemesraan sebagai jalinan kasih
Dalam jiwa yang memerlukan…

Jutaan ikhlas terima kasih padamu,
Insan yang menitip bait kata-kata
Yang sudi mendalami bicara nukilan jiwa
Kerna banyak membantu…
Mencorakkan kehidupan
Kerna bisa mewarnai keceriaan
Kerna mengizinkan tumpangan kasihku…

Masa berlalu begitu pantas
Kita tahu ia datang dan pergi
Tapi kita jarang sekali menghargainya
Kulafazkan kata terima kasih atas segalanya
Ku pohon kemaafan atas kesilapan yang ada
Sebelum takdir menentukan
Perpisahan selamanya…”


Buat-buat sahabatku:

~Sek Keb Dato Bandar Rasah
~Maahad Muhammadi Lelaki
~Cosmopoint College
~Kolej MARA Kulim
~KUTPM/MSU/PTPL
~Kolej Legenda
~Watson JCS Pharmacy
~DIAT
~sahabat2 se'pencerahan'

..terima kasih kerana mengukir sebuah sejarah dalam kehidupan ini..

"once d brothers united...they will never divide.." (49:10)

"valuing someone is not just by seeing each other always. what counts is that somehow in our busy lives, we remember each other"


~Masih Ada Waktu by RAST~

"andai semalam kau adalah sahabatku, dan hari ini kau masih tetap sahabatku, jangan risau mengenai hari esok kerna kau akan tetap sahabatku"

p/s: everyday is friendsip day....