A.D.I.L...manusia sering membincangkan persoalan keadilan..di mana-mana tempat, topik mengenai keadilan hangat diperbincangkan oleh para pimpinan sehinggalah ke peringkat akar umbi. Para pemimpin politik dari segenap parti sibuk memperjuangkan keadilan mengikut prinsip & ideologi masing-masing. Justeru itu terbitlah undang-undang mahupun peraturan bagi menjustifikasikan keadilan bagi manusia. Namun, apakah maksud sebenar keadilan itu??? Dan bagaimanakah kita mahu menawarkan keadilan kepada seluruh manusia? Adakah peraturan-peraturan hasil celupan manusia itu benar-benar adil atau boleh dipertikaikan? adakah boleh disamakan pengertian keadilan dengan 'fair' atau 'balance'? sesestengah individu pabila ditanyakan maksud keadilan maka akan dijawabnya pembahagian hak kesamarataan bagi setiap manusia..Mungkin mereka memahami keadilan itu adalah memberikan hak yang sama rata pada seseorang atau setiap orang ...walau apun definisinya Islam ada jawapannya. Adil di sisi Islam itu bermaksud "meletakkan sesuatu itu pada tempatnya"... Tempat di sini juga bermaksud kondisi, suasana dan sebagainya.
Dalam Al-quran, terdapat banyak ayat yang memperkatakan mengenai 'adil'..salah satunya ialah dalam Surah Al-Maidah ayat ke-8
"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Ayat tersebut menjelaskan tentang betapa perlunya bersikap adil terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira identiti mahupun kedudukan seseorang itu. Maka ayat itu dihabisi dengan sesiapa yang bersikap adil maka ia merupakan ciri-ciri orang bertakwa. Seterusnya dalam Surah An-Nisa, awal ayat yang ke-11,
"Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan...hingga akhir.."
Maka persoalan yang ditimbulkan oleh golongan feminisme (golongan yang dikatakan memperjuangkan hak-hak wanita) disini mengapa dalam ayat tersebut (ayat pertama di muka bumi yang menceritakan tentang ilmu pecahan/fraction)yang termasuk dalam bidang faraid (pembahagian harta pusaka),anak-anak perempuan yang kematian ibu bapa mereka memperolehi hanya satu bahagian berbanding anak-anak lelaki yang memperolehi dua bahagian. Di manakah letaknya keadilan dalam Islam itu yang seolah-olah merendahkan martabat serta mengetepikan hak wanita dalam mendapat harta yang diwariskan oleh ibu bapa mereka?? Tidakkah keadilan itu memberikan hak yang sama rata kepada pihak-pihak yang terlibat? Apakah hukum-hukum Islam itu lari dari prinsip-prinsip keadilan.
Namun, bersabar dahulu wahai saudara dan saudari sekelian, Allah telah mengetahui apa yang tersirat dihati manusia. Maka jawapannya juga terdapat dalam surah berkenaan. Dalil Naqlinya dalam Surah An-Nisa ayat yang ke-34:
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar"
Maka dalam ayat tersebut telah dinyatakan bahawa lelaki adalah pemimpin bagi wanita. Ada di antara ulama' yang berpandangan kalimah 'Qawwamun' dalam ayat tersebut bukan sekadar pemimpin, bahkan ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul. Maka berbalik pada soalan awal tadi, anak lelaki tersebut perlu mengambil alih tanggungjawab untuk memimpin keluarga dengan dibantu oleh anak-anak yang lain. Maka bahagian harta yang diperolehi itu bukan sekadar untuk dirinya tetapi jua untuk meneruskan kehidupan keluarganya. Bahkan, dalam ayat tersebut dinyatakan ‘karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.’ yang menguatkan lagi pandangan tersebut. Tetapi anak perempuan yang beroleh setengah bahagian daripada anak lelaki, harta tersebut adalah miliknya secara peribadi...Jadi, terpulanglah anak perempuan tersebut bagaimana untuk menggunakan harta tersebut. Namun, mereka dianjurkan untuk membantu perkembangan keluarganya atas dasar toleransi.
Maka mengapakah mereka masih mempersoalkan keadilan dalam Islam, secara logiknya mengikut ilmu perubatan lelaki dan wanita itu mempunyai ciri-ciri fizikal yang berbeza. Malah emosi keduanya juga berlainan kerana dipengaruhi oleh hormon yang berbeza. Hormon ini yang mengatur mekanisme-mekanisma dan proses dalam badan manusia. Lelaki dan wanita mempunyai hormon-hormon yang berbeza.Walaupun ada yang sama tetapi ia tetap berbeza dari segi kuantitinya. Maka bagaimanakah kita boleh mengatakan kedua-duanya mempunyai pemikiran dan kemampuan yang benar-benar sama. Walaupun tidak dinafikan wanita sekarang telah duduk dan berdiri sama tinggi dengan lelaki, namun kedua-dua ciptaan Allah ini tetap sahaja mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Perkara ini jugalah yang dibincangkan oleh John Gray dalam bukunya 'Men are from Mars, Women are from Venus' yang menceritakan tentang perbezaan lelaki dan wanita terutamanya dari segi pemikiran dan komunikasi. Disebabkan itu jualah lelaki dan wanita mempunyai peranan masing-masing dalam membantu menegakkan kalimah Allah di muka bumi mahupun menaikkan taraf negara, bangsa mahupun keluarga yang tercinta...
Oleh itu, Islam merupakan agama yang menaikkan taraf wanita di mata masyarakat di mana tamadun-tamadun lain sebelum Islam memandang wanita sebagai bangsa yang hina, simbol seks dan pembawa malapetaka. Contonya, pada zaman Tamadun Hindus, isteri yang kematian suaminya harus ditanam hidup-hidup bersama mayat suami mereka. Selain itu, kesalahan yang dilakukan oleh suami mereka juga menyebabkan isteri-isteri mereka yang tidak bersalah dihukum. Hatta pada zaman Arab jahiliyah, anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup kerana di anggap membawa bala kepada keluarga. Walaupun tanpa mereka sedari, tanpa wanita, mana mungkin mereka wujud di dunia ini. Trend seperti itu masih boleh dilihat juga walaupun dunia semakin moden. Masakan tidak, ada pepatah mengatakan 'Menjaga anak perempuan seorang lebih susah berbanding menjaga kerbau sekandang' Kalau dihayati betul-betul, pepatah ini 'makan dalam' tetapi, terpulanglah pada penilaian masing-masing untuk menginterpretasinya. Tidak kurang juga masyarakat Barat yang dikatakan sebagai bangsa yang moden dan kehadapan dalam pembangunan material. Tetapi para wanitanya menjadi bahan peragaan dan simbol seks dalam masyarakat mereka. Adakah ini yang dikatakan keadilan bagi wanita??
Maka sebenarnya Islam yang telah menaikkan martabat wanita di dalam mukjizat teragung Nabi Muhammad iaitu dengan turunnya Surah An- Nur dan Surah An-Nisa. Buktinya juga bagaimana darjat ibu itu ditinggikan melalui sebuah hadis baginda yang menceritakan orang yang patut dimuliakan selepas Allah dan Rasul adalah ibu. Ia telah diulang sebanyak 3x oleh Baginda sebelum menyebut bapa. Maka para wanita Islam usahlah merasa lemah dan terpedaya dengan fitnah yang dilontarkan oleh golongan tersebut kerana Islamlah yang sebenarnya menaikkan martabat wanita dikala bangsa-bangsa lain merendahkan darjat wanita tanpa mereka sedari. Namun, pada akhirnya lelaki dan wanita mu'min itu tetap mempunyai destinasi cinta yang sama. Dan pada akhirnya yang membezakan kemuliaan antara keduanya adalah TAQWA seperti dalam ayat ini:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Al-Hujuraat:13)
"Di sebalik bersih wajahmu...
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung yang tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi
Berbekal pada janji mengabdikan diri..."