::BILA HATI MULA BERKATA-KATA:: ::LIDAH TIDAK PERLU MENUTURKAN KATA-KATA:: ::KERNA TINTA LEKA BERBICARA:: ....islam and life are connected....without islam there's no life...life without islam is empty and meaningless.... "jasad senantiasa tenang..minda sentiasa berperang"
Marhaban duhai Ramadhan..
hadirnya lama dinanti...
menggamit rasa cinta bersemi..
dia hadir kembali setelah lama dinanti.. bukan seperti 'pungguk rindukan rembulan' yang cintanya tidak mungkin dibalasi...tetapi cinta ini seperti kekasih yang merindukan hari yang dijanjikan padanya lebih baik dari seribu bulan... mungkin setelah lama kekurangan dalam melakukan amal ibadat.. inilah masa yang paling sesuai untuk menumpahkan segala rasa cinta yang bersemi.... terkadang noda-noda dunia yang bagaikan melambai-lambai, menggamit-menggamit kita untuk bersamanya menyebabkan kita terleka seketika... sedangan para sahabat sahaja sering mengadu mengenai kerisauan dengan iman mereka...apatah lagi kita sebagai hamba di akhir zaman yang diibaratkan Rasulullah sebagai zaman umat Islam yang berkualiti buih-buih di lautan.. Umar Al-Khattab sahaja pernah bertanya kepada Huzaifah iaitu satu-satunya sahabat yang memegang rahsia Rasulullah tentang siapa golongan munafiq dikalangan orang Islam samaada beliau termasuk dikalangan munafiq tersebut. Subhanallah, manusia sehebat Umar sahaja risau tentang imannya.. apatah lagi kita.. sekiranya kita merasakan iman kita sentiasa mantap sentiasa, maka checklah kembali diri kita. muhasabahlah diri kerana takut-takut kita tertipu dengan amalan yang kita kerjakan itu...begitu juga ketika hati merasakan diri lebih baik berbanding manusia lain, maka ketika itu jugalah hati itu perlu diperhalusi agar tidak terpedaya dengan bisikan syaitan..
moga-moga iman yang ketandusan selama ini dapat dibanjiri dengan nur ramadhan yang ditunggu oleh penghuni di langit dan dibumi...hatta mereka yang telah lama meninggalkan dunia yang fana ini juga menunggu-nunggu kehadiran bulan ini... jangan dek kerana sibuk untuk persiapan aidilfitri, maka kita terlupa dengan persiapan ramadhan.. ramadhan hanya sekali setahun, belum tentu kita bernafas lagi di ramadhan yang akan datang. Maka ambillah peluang ini untuk menambahakan amal ibadat buat bekalan di 'penjelmaan' yang akan datang...
Dan sambutan kemerdekaan tahun ini juga berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana jatuh dalam bulan Ramadhan.. Maka sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita bebaskan diri kita dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah.. biar ber'tuan'kan manusia tetapi jangan sampai ber'tuhan'...banyakkan mengajak kepada kebaikan bukan mengejek.. terus mengkaji, jangan asyik mengeji... akhir kalam, selamat berpuasa kepada semua.. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna...