Movie Islami (KCB)




Habibburahman Al-Shirazy atau lebih dikenali dengan nama Kang Abik sekali lagi membawakan buah tangannya ke layar perak setelah filem pertama yang diadaptasikan dari novel hitsnya 'Ayat-ayat Cinta' berjaya menambat hati penonton--penonton. Namun, filem 'Ketika Cinta Bertasbih' & 'Ketika Cinta Bertasbih 2' dari novel bersiri 'Ketika Cinta Bertasbih' 1 & 2(KCB) ini agak berlainan kerana Kang Abik sendiri diangkat sebgai penasihat filem tersebut. Ini dijelaskan oleh beliau semasa pertemuan kami pada tahun lepas ketika dia dijemput sebagai Panel Penceramah bagi Bengkel Penulisan Islamik yang dianjurkan oleh Akar Bina Consultancy di sini. Mungkin ada penonton-penonton yang memberikan komen-komen yang membina lewat filem 'Ayat-Ayat Cinta' (AAC) yang terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki. Tapi,sekurang-kurangnya ia adalah suatu usaha bagi mengangkat filem-filem genre islami di mata masyarakat. Mungkin jalan cerita di dalam novel tidak sama 100% dengan filem kerana di olah dan diarah oleh individu yang berbeza.Namun, yang penting mesejnya samapai ke hati para penonton.

Apa yang istemewa yang tersaji buat para penonton KCB, ada scene pengambarannya yang dilakukan di bumi Mesir seperti di kota Alexender yang merupakan kota yang indah di samping pantai yang menarik sesuai dengan jalan cerita yang terdapat di dalam novel tersebut.

Para pelakon utamanya kali ini juga bukan sahaja berbakat walaupun masih baru. Tetapi mereka dipilih dan ditapis dari segi akhlak dan penampilan yang islami juga. Ini adalah salah satu pendekatan baru yang diambil oleh Kang ABik dan pengarah filem bagi memastikan roh daripada filem ini sampai bukan setakat dimata atau telinga,malah menembusi sampai kehati. Semoga filem-filem sebegini akan terus mewarnai persada hiburan walaupun ada usaha-usaha ke arah itu seperti yang terbaru hasil arahan Ahmad Idham iaitu 'Syurga Cinta'. Marilah sama-sama kita menyokong hiburan-hiburan islami sebegini walaupun ada beberapa kelemahan di dalamnya. Janganlah kita asyik menghentam dan memberi komen sedangkan tiada apa yang kita perbuat ke arah itu. Selamat menonton :)

SINOPSIS KCB 2
__________________________________________________________

Sembilan tahun berpisah dengan ibu serta adik-adiknya membuat kepulangan Azzam dari Kairo memiliki sensasi yang luar biasa. Kerinduan yang meluber dari dadanya begitu menggelegak. Rindu kepada keluarga, rindu kepada negeri tercinta, rindu kepada senyum-senyum yang kerap semringah dari penduduk negerinya, meski dalam keadaan paling menderita sekalipun, membuatmua bergairah melangkahkan kaki di lantai bandara

Lulus S-1 dari sebuah perguruan tinggi yang memiliki pengaruh wibawa “kealiman”, tidak menyebabkan Azzam mendapat kemudahan dalam segala urusan. Dia bahkan gamang untuk mendapatkan pekerjaan yang pas. Belum lagi cibiran tetangga yang mengira bahwa lulusan Al-Azhar University otomatis menjadi kiyahi, atau ulama besar. Itu kenapa Bu’e Malikatun, sang ibu menjadi gelisah, bahkan menyuruh adik Azzam, Husna untuk mencarikan pekerjaan, apa saja yang penting asal kesannya bekerja, keluar dari rumah.

Dengan latar belakang pengalaman berwirausaha selama di Mesir, Azzam pun tidak patah semangat untuk membangun usahanya sendiri. Tetapi bagaimana dengan menikah, hal yang selalu disinggung oleh ibunya.
Wanita yang ia dambakan, Anna Althafunnisa telah dipinang sahabatnya sendiri. Sedangkan dengan Eliana yang jelas-jelas menaruh hati padanya belum bisa ia terima, karena ia masih mendambakan wanita muslimah. Azzam pun berusaha mencari tambatan hatinya, walaupun cukup banyak hambatan yang ia hadapi, yang kemudian membuatnya hampir putus asa.  

Bagaimanakah kelanjutan perjalanan cinta dan hidup Azzam ?..
Lalu bagaimana nasib pernikahan Anna & Furqon, mengingat Furqon masih menyimpan rahasia besar dalam hidupnya ?..
Akankah Eliana tergerak hatinya untuk menjadi wanita muslimah seutuhnya dan mendapatkan cinta Azzam ?..

Lihat: http://www.filmketikacintabertasbih.com/








"TARBIYYAH DIDAHULUKAN, AKIDAH DIUTAMAKAN"