Fikrah Merentasi Jamaah


Setiap sistem di muka bumi yang fana ini pastinya terdiri daripada beberapa sistem atau komponen yang membentuknya tidak kira daripada segi biologi mahupun fizikal. Contohnya Allah yang merupakan Maha Pencipta yang Maha seni & Maha kreatif menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan. Sekumpulan sel-sel dalam tubuh manusia yang bersatu akan membentuk tisu dan sekumpulan tisu akan bergabung untuk membentuk organ. Beberapa organ akan membentuk sebuah sistem dan sistem-sistem inilah yang akan medirikan tubuh yang sempurna. Tubuh manusia yang terdiri daripada beberapa sistem seperti ‘respiratory, reproductive, digestive, nerves, immune’ inilah yang membentuk tubuh manusia bagaikan sebuah kilang yang mempunyai department berbeza sesuai dengan bahagian masing-masing. Namun anehnya disini, secanggih manapun teknologi manusia, mereka tidak mampu mengawal segala pengaturcaraan sistem di dalam tubuh manusia kerana kebanyakan daripada sistem ini adalah ‘involuntary’ (tidak dapat dikawal) contohnya sistem peredaran darah manusia. Masakan manusia mampu mengawal peredaran darah tersebut ke seluruh badan. Oleh itu, pastinya ada satu kuasa yang maha hebat yang menjadi ‘super-superb-visor’ di sebalik semua ini. Betapa kerdilnya sang manusia itu, masihkah mampu bongkak dan sombong dalam melata di muka bumi yang bukan satupun milik mutlaknya.

Pastinya setiap sistem ini berukhwah dan ber‘tasammuh’ (bertoleransi) dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membentuk tubuh badan yang sihat dan sempurna. Setiap sistem mempunyai tugas masing-masing dan mereka tunduk & patuh dlm menjalankan amanah tersebut. Jika tidak, pastinya pelbagai penyakit yang akan muncul kesan daripada fungsi mereka yg telah terganggu. Jika tiadalah konsep sebegini dlm melakukan amal jamai’ (kerja berjamaah) maka akan pincanglah umat Islam bak kata Hasan Al-Banna yang selalu menjadi siulan para daie:

“kita berkerjasama dalam hal yang disepakati & berlapang dada dalam hal yang tidak disepakati..”

Kerana masakan kita dapat memenuhi segala kehendak orang lain dan masakan orang lain dapat memenuhi segala kehendak kita kerana fitrah manusia itu memang diselaputi & diselubungi oleh kelebihan dan juga kekurangan.

Fikiran setiap manusia itu berlainan. Setiap orang memandang dari perspektif berbeza. Ada yang memandang dari sudut siasah, ada juga yang memfokuskan pada sunnah, terdapat juga yang menyeru untuk solat dimasjid, tidak kurang juga yang memfokus pada kembali kepada sistem khilafah dan juga yang memntingkan aspek tarbiyah dan pembinaan mad’u.


Antigen @ bendasing (e.g. virus, bacteria etc) yang tidak diundang daripada luar badan manusia tidak akan mampu memberi kesan kepada sesuatu sistem kecuali apabila salah satu komponen menerima kehadiran bendasing tersebut untuk disatukan dengan fungsi sistem yang akan sedia ada. Apabila wujud sel-sel yang cuba menjadikan musuh sebagai ‘share partner’ dalam melakukan fungsi masing-masing, maka fungsi asal sesuatu sistem tadi pasti akan terganggu dan menyebabkannya ia tidak lagi seimbang. Antigen itu pastinya perlu dibuang secara jalan diplomasi lantaran ia akan menyebabkan ketidakaturan dalam sistem. Kita tidak perlu menyalahkan sel-sel yang lain lantaran ia akan memburukkan lagi keadaan akan tetapi selalu mengingatkan akan kewujudan antigen agar sistem tidak akan mengalami kemerosotan dalam ‘life balance’nya….

Sifat menyalahkan sel-sel lain tidak sesuai dipraktikkan oleh sistem, kerana apabila masing-masing saling salah-menyalahkan antara satu sama lain, bermakna sel-sel tidak bertindak secara sistemik dan sinergi, tetapi secara linear. Masing-masing lupa untuk fokus pada fungsi sendiri kerana sibuk dengan hal sistem lain. Kita juga perlu sedar bahawa kesilapan yang berlaku mungkin bukan sekadar kesilapan satu-satu sel sahaja, tetapi mungkin sel-sel lain juga menjadi penyumbang ke arah ‘unhealthy function’ tersebut.



Sesebuah sistem contohnya ‘immune sistem’ yang lebih dikenali dengan sistem pertahanan badan yang menjadi benteng kepada kemasukan antigen-antigen yang tidak diundang daripada luar terdiri askar-askar iaitu ’white blood cells (wbc) seperti lmphocytes, monocytes, neutrophils dan sebagainya. wbc tidak akan menyalahkan sel-sel lain yang tidak @ kurang efektif dalam menjalankan fungsi kerana menyalahkan sel lain tidak akan membawa apa-apa makna kepada sistem kerana akan memburukkan lagi keadaaan. Tetapi yang perlu diberi keutamaan ialah menuju kepada objektif dan fungsi masing-masing agar dapat mencapai matlamat untuk mengembalikan sistem dlm tubuh badan manusia kembali normal. Sistem alam memang berperanan sebegini dimana masing-masing patuh dan tunduk menjalankan tugas masing tanpa adanya pilihan lain. firman Allah

“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNya lah tunduk taat sekelian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada sukarela atau teraksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan (Al-Imran (3):83)



Proses pengislahan (perbaikan) dalam diri manusia adalah dengan peringatan dan nasihat antara satu sama lain. Ababila kita saling salah-menyalahkan antara satu sama lain yang ada, kerosakan tidak akan dapat dibaiki malah akan menjadi ‘chronic’ seperti contohnya kemasukan bahan-bahan ‘carcinogenic’ iaitu bahan-bahan yang menyebabkan cancer dalam tubuh badan manusia seperti ultra violet, rokok, bahan-bahan kimia dan sebagainya ke dalam badan akan menyebabkan fungsi sebuah sistem terganggu. Seandainya tidak dirawat diperingkat awal, maka sel-seal badan akan beradaptasi dengan sel-sel carcinogenic tadi untuk mebentuk sel-sel cancer. Maka bahagian badan yang telah menjadi cancer itu perlu dirawat dan seandainya telah sampai ke peringkat chronic maka ia perlu dibuang agar sel-sel tadi tidak akan menjangkiti sel-sel yang lain dan seterusnya membawa akibat yang lebih buruk.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFIoTcrqD7orFEKzBc4ER8WlpjrxQAcuTBKCND-mgE08v9RMlyzagr9HZBiWoIUo-Om0THyyELEntjn-jR8_Z125EXMYB90i8hmHyf9mqZwhZluFO99N-Ld0bo9Y74KQF7cOTi/s200/carcinogen.jpgUmat Islam yang mahu menjadikan Islam sebagai sebuah sistem dalam tatacara kehidupan juga mempunyai ‘filtration’ di mana Allah menjelaskan bahawa Dia akan menggantikan umat yang rosak dengan umat lain di mana mereka itu cinta kepada Allah dan Allah cinta pada mereka. Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang berpaling tadah dari agamanya (murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum iaitu Allah mengasihi mereka dan mereka juga kasihkan Allah. Mereka bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang beriman dan tegas terhadap orang-orang kafir dan mereka tidak takut pada celaan orang yg mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikannya kepada sesiapa ang dikehendakiNya kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya dan Maha Luas pengetahuanNya” (Al-Maidah (5):54)



Sebelum ditukar atau digantikan dengan umat lain, Allah SWT telah menyampaikan Islam kepada manusia yang terkandung di dalam Al-Quran sebagai nasihat. Ciri Islam ini telah diterangkan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis:

“Agama itu adalah nasihat” (HR Muslim)



Maka disini perlulah kita saling nasihat-menasihati dan berdiplomasi antara sesama Muslim seandainya ada yang tidak kena dari kaca mata Al-Quran dan Sunnah kerana insan itu dilahirkan dengan kekuatan dan kelemahan masing-masing. Jangan hanya kerana kesilapan yang sedikit itu menyebabkan mata kita tertutup untuk melihat kejernihan lain yang ada padanya. Jalan ini lebih baik dan mulia daripada kita saling menyalahkan antara satu sama lain kerana ia akan merosakkan sistem tetapi seandainya tidak berjaya juga dengan jalan diplomasi, maka ia perlu dikeluarkan daripada sistem. Alangkah indahnya kata-kata pemimpin Ikhwanul Muslimin saat mengeluarkan beberapa orang ikhwah dari organisasi IM oleh kerana sebab tertentu

“Boleh jadi mereka ini lebih baik daripada kita, tetapi oleh kerana kita mempunyai prinsip yang jelas maka kita terpaksa memilih jalan ini dengan mengeluarkan mereka.”


Proses pengimbangan akan tetap berlaku secara automatik terhadap komponen-komponen yang hilang. Ia tidak akan menjejaskan sistem yang syumul kecuali sedikit. Pasti ada generasi2 ghuraba’ yg baru dan lebih ikhlas akan menggantikan generasi-generasi yang tiada dan sudah lapuk. Islam pasti melahirkan generasi yang akan memastikan proses ‘keep n balance’ sentiasa berlaku sehingga tibanya hari kiamat. Ia akan diimbangkan oleh pengikut kebenaran yang akan ada setiap masa.

“Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk berinfak di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada org yg kikir, dan barangsiapa yg kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yg Mahakaya, dan kamulah yg menghendaki (kurniaNya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (derhaka) seperti kamu” [Muhammad (47):38]



Rasulullah SAW menjelaskan siapakah golongan ini:

“Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yg sentiasa berjaya (dalam perjuangan mereka) sehinggalah sampai suatu saat yang dikehendaki oleh Allah mereka sentiasa berjaya” (HR Bukhari)

Sistem-sistem dalam tubuh badan itu pastinya melakukan fungsi masing-masing untuk memastikan tubuh sentiasa dlm keadaan sihat & normal. Begitu juga kehadiran pelbagai jamaah mahupun fikrah walaupun dgn pendekatan & manhaj yg berbeza tetap mempunyai matlamat yg sama. Bak kata As-Syahid Dr Abdullah Azzam... " setiap gerakan Islam itu diibaratkan sbg anak sungai yg mencurahkan airnya ke sungai Islam yg besar. Maka apabila kalian mencuba utk menyekat anak sungai tersebut bererti kalian telahpun menyekat kebaikan yang besar." Perkara yang patut menjadi fokus ialah mengembalikan ramai lagi manusia di luar sana dari kegelapan jahiliah ke cahaya Islam serta merubah sistem taghut kepada sistem Islam.

Mungkin ada sisi-sisi serta saluran yang bisa dimasuki oleh jemaah A tetapi tidak jemaah B. Tetapi pastinya ada sisi-sisi serta saluran yg bisa dimasuki oleh jemaah B tetapi tidak jemaah A. Islam tidak akan tertegak dengan ‘one man shows’ tetapi Islam tertegak dengan kesedaran cara hidup Islam oleh semua lapisan masyarakat. Wallahu ta’ala a’lam

Kita harus bersatu dalam perjuangan Islam
Kita harus berpadu demi kebangkitan Islam
Apabila Islam dihinakan, apa yg akan kita lakukan?
Apabila Islam dijatuhkan, tugas kita adalah berjuang

~Bait Perjuangan~Soutul Harakah