Rentung!
Tubuh-tubuh lesu muslim dilonggok ke setiap penjuru
dan dibakar hidup-hidup! Yang tua, yang muda seperti
kita, malahan anak-anak kecil tidak terlepas daripada
bahang yang membakar. Berkecai daging hangus manusia
muslim ini apabila mayat rentung mereka diangkat untuk
disempurnakan pengebumiannya. Nyawa muslimin ibarat
dedaunan yang sesuka hati digetus gugur dari
tangkainya dan tiada bernilai! Kaum wanita dibunuh
bersama anak kecil mereka. Masjid diperlakukan
sehina-hinanya oleh golongan insan yang zalim.
Peristiwa serangan maut kaum pelampau Hindu ke atas
umat Islam di Gujerat dan Masjid Babri tidak akan
pernah kita lupakan! Atas sebab mimpi bodoh seorang
sami Hindu yang sesat, ribuan umat Islam dibakar
hidup-hidup. Desakan untuk merampas tapak Masjid Babri
yang dikatakan sebagai tempat kelahiran Dewa Ram
melalui mimpi sami jahat itu telah mengundang
peperangan antara agama dan umat Islam terus berpegang
pada aqidah perjuangannya! Bangsat sungguh pelampau
Hindu itu!
Sejahtera negaraku Malaysia
Namun, Alhamdulillah kita di Malaysia tiada berlaku
apa-apa yang sedemikian. Semuanya aman dan damai.
Kisah saudara seaqidah di India dilupakan dek faktor
geografi, sempadan negara dan semangat nasionalisme
ciptaan barat.
"Biarlah mereka kena bakar, mereka rakyat India dan
bukan warganegara kita! Kita di Malaysia usah ambil
pusing sangat pasal hal tersebut. Kita di sini, perlu
jaga kerukunan dan hubungan baik antara semua agama.
Baik Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.Itu yang
terbaik untuk kita semua"
YA dan TIDAK untuk kata-kata di atas. Ya, kerana
memang benar kita perlu berlapang dada dengan cara
hidup masyarakat Malaysia yang majmuk ini. Tidak,
kerana lupakah kita bahawa salah satu punca keruntuhan
Sistem Khalifah Islam dahulu adalah apabila bangsa
Turki mulai bangga dengan keturunannya dan memandang
rendah kepada umat Islam daripada keturunan selain
mereka. Inilah natijahnya nasional-isme!
Memperkayakan Hindu
Kita perlu menjaga kerukunan. Benar. Namun, kita di
Malaysia bukan setakat menjaga perhubungan baik dan
kerukunan, malahan kita sendiri sebenarnya
berlebih-lebihan apabila menyokong dan mendokong
kuffar. Memperkayakan mereka. Sesuaikah penggunaan
istilah kuffar untuk penulis gunakan di sini?
Selalunya minda kita hanya menafsirkan barat ataupun
lebih tepat Amerika dan Israel sebagai kuffar. Tetapi,
ingatlah bahawa Hindu juga adalah kuffar.
Tan Sri Annanda Krishnan
Orang kedua terkaya di Asia Tenggara adalah Tan Sri
Annanda Krishnan, berusia 66 tahun, selepas raja gula
Malaysia, Tan Sri Robert Kuok, 81 yang memiliki aset
berjumlah RM 15.58 bilion (AS$4.1 bilion) [Mingguan
Malaysia : Ahad 19 Mac 2006]. Annanda adalah raja
telekomunikasi Malaysia dan pemilik stesen kabel
Astro.
Pada tahun 2004 beliau memiliki aset RM12.87 billion.
Hebatnya kita semua apabila menambahkan lagi harta
uncle ini dan terbaru, dalam masa tidak sampai setahun
setengah, asetnya bertambah kepada jumlah RM13.30
bilion (AS$3.5 bilion). Kawan-kawan, RM13.30 billion
ini bukan suatu nilai yang kecil. Ianya bukan 13.3
sen, bukan RM13.30, bukan RM133.00, bukan RM1330.00.
Bukan dan bukan! Jika sebagai pelajar, kita kira nilai
RM100 sudah banyak dan mencukupi bagi kita untuk
perbelanjaan selama beberapa ketika dan bagi yang
berkeluarga, RM1330 pula sudah dikira cukup-cukup
makan (baca: sesak nafas) untuk anak isteri, juga
untuk beberapa ketika. Namun, Annanda memiliki RM
13.30 billion!!! Atau perlu untuk saya tulis RM13.30
billion sebagai RM 13300000000.00, barulah kita rasa
macam "banyak juga duit dia ni..."
Perubahan
Annanda Krishnan bersekolah di Sekolah Tamil
Vivekananda, Kuala Lumpur, Malaysia. Menyambung
pelajaran ke University Melbourne untuk peringkat
B.A. (Honours). Selepas itu Krishnan menyambung
pelajarannya di Harvard University untuk Masters dalam
Bussiness Administration dalam tahun 1964. Selepas
belajar beliau menceburkan diri dalam perniagaan
minyak di Malaysia. Kemudian menceburkan diri dalam
perjudian Malaysia, perladangan di Australia dan
menjalankan sebuah studio kartun di Hollywood. Kini
menguasi bidang perkapalan dan telekomunikasi (Maxis)
dan harta-tanah. Menguasai Astro dan melancarkan
satelit komunikasi Measat.
"Buat apa ingin berdengki dengan rezeki yang Allah
kurniakan kepadanya? Biarlah, sudah dia memang pandai
berniaga. Kita ni yang perlu belajar daripada dia!"
Ini kata-kata orang yang tidak sensitif kepada persoalan
agama, dosa pahala, dunia akhirat dan syurga
neraka. Sedarkah kita apa sumbangan Maxis dan Astro
kepada umat Islam? Menyumbang kepada kebaikan? Ada
juga sebenarnya...pada pandangan sempit penulis secara
peribadi. Tapi, sumbangan kepada kehancuran umat?
Kerosakan jiwa dan aqidah muda mudi? Penyemarakan
hedonisme?
Apakah sumbangan ASTRO dan MAXIS kepada masyarakat
Malaysia khususnya? Yang kita maklumi sumbangannya
disalurkan kepada penajaan Sure Heboh (Jom Heboh),
Akademi Fantasia dan Malam Pesta Indonesia serta
pelbagai lagi rancangan yang meningkatkan budaya
hedonisme di kalangan masyarakat. Lihat sahaja iklan
Maxis di kaca TV. Budaya yang ditonjolkan itu sama
dengan akhlak Rasulullah-kah? Anak muda terkinja-kinja
melompat berhibur. Adakah ini yang sangat kita
harap-harapkan? Mahukan perubahan? Bolehkah berubah?
Maxis, Digi, Celcom dan ....
Teringat kisah Perempuan, Wanita dan dot dot suatu
ketika dahulu. Namun di sini, tiada persamaan pun
antara filem dan syarikat-syarikat telekomunikasi di
atas. Siapa yang tidak kenal jenama Maxis terutama di
kalangan pelajar IPT? Campus Zone? Active 5?. 3G?
Terbaru ini pula, menjelang Piala Dunia FIFA, Maxis
sekali lagi akan membawakan berita terkini tentang
perlawanan di Jerman sana. Wah, makin penting untuk
penggila bolasepak ni! Lagi pula, dengan tawaran yang
murah sekadar 1sen/sms sudah tentu menjadi rebutan di
kalangan pelajar untuk menjadi pelanggan setianya
dulu, kini dan selamanya, Ye tak bro? Baca bro!
Sekiranya kita terus menjadi penyumbang terbesar
kepada keuntungan Maxis dan Astro dengan setiap kali
kita membeli kad Top-Up dan melanggan Astro, siapakah
yang untung? Umat Islam atau sebaliknya? Kita sendiri
memang untung sebab kos menelefon dan berSMS menjadi
murah. Namun, ini keuntungan yang bersifat peribadi
semata-mata!
Siapa yang tidak kenal Mantan Perdana Menteri
Thailand, Thaksin Shinawatra, 56, pemimpin paling
berpengaruh dalam sejarah Thailand. Sekarang beliau
telah menamatkan (baca: dijatuhkan) karier politiknya
di Thailand. Siapakah beliau? Beliau merupakan Jutawan
Telekomunikasi di Thailand yang mana ahli keluarganya
mempunyai saham terbesar dalam syarikat gergasi
telekom, Shin Corp yang diasaskan sendiri olehnya
sebelum menceburi politik sehingga menjadikan beliau
seorang bilionair.
[Harian Metro : Isnin 27 Februari 2006].
Apakah sumbangan dan jasa beliau sepanjang mentadbir
kerajaan Thailand? Berapa ramai umat ISLAM diancam dan
dibunuh di selatan Thailand sepanjang tempoh
pemerintahannya?Adakah rakyat dibela atau diperkosa
hak, maruah dan diri mereka? Masih ingat bagaimana
Soldadu Siam menyepak dan memijak pemuda Islam yang
bersaudara dengan kita? Disumbat dan dilempar
berlapis-lapis ke dalam lori tentera. Ratusan yang
syahid dan tidak kurang bilangan yang masih hilang
tanpa dapat dikesan hingga sekarang! Persoalannya,
relevan atau tidak pemilik MAXIS mengikut jejak
langkah pemilik Shin Corp untuk menjadi Perdana
Menteri Malaysia satu hari nanti? Apakah titik
persamaan mereka berdua? Aqidah? Harta? Pengaruh?
Fikiran? Yang jelasnya mereka banyak titik perbezaan
dengan kita yang beragama Islam. Bagi penulis, tiada
apa yang peliknya untuk Annanda jadi PM. Lihat sahaja
kerusi orang Melayu di Dewan Rakyat sekarang ini yang
semakin berkurang dan susut. Itupun sudah dicampur
antara kerusi UMNO, PAS dan Keadilan. Tetapi, kerusi
mereka yang bukan Melayu hampir menyamai kita. Sebab
itulah, memorandum berani dihantar kepada Paklah
tempoh hari oleh sembilan orang menteri kabinet!
DIGI pula siapa pemiliknya? Tan Sri Dato' Seri Vincent
Tan (RM 2.6 Billion) merupakan Pengerusi Berjaya
Group, Pemenang Francais McDonald, Cosway Corporation
dan semestinya Pemilik Digi dengan pegangan saham
sebanyak 23.53%. Beliau juga mendapat lesen untuk TV
berbayar MiTV (50 saluran).
Akhir sekali, siapakah pemilik Celcom? Adakah individu
seperti diatas? Apakah sumbangan mereka dari aspek
positif? Aspek negatif? Penulis percaya bahawa Celcom
juga bermasalah. Namun, apa yang kita ketahui Celcom
adalah anak Syarikat Telekom Malaysia yang merupakan
Government Link Company (GLC) yang saban tahun
membayar zakat untuk disalurkan kepada yang layak
menerimanya, sama seperti syarikat Petronas juga.
Siapakah yang ingin membantu syarikat ini yang
diterajui oleh anak tempatan yang banyak titik
persamaan dengan kita ini? Kita? Mereka? Jawapannya di
tangan anda.
Fenomena Celcom-isme
Penulis terasa seperti menjadi promoter Celcom pula.
Namun, hakikatnya tidak! Saya pun kena bayar bil
Celcom jugak maaa...Cuma, terfikir akan kebaikan dan
sumbangan yang dapat kita berikan kepada Islam melalui
kehidupan dan perbelanjaan harian. Biarlah duit yang
dibelanjakan melalui SMS ataupun call in and out
setiap hari melalui handset kita ini mampu menyekat
maksiat yang sedang mekar berkembang biak. Biarlah
hanya 1sen untuk satu SMS, namun 1 sen-ku itu untuk
Islam. Tapikan, saya tak guna 1 SMS je untuk
sebulan...!
Adakah kita masih berhasrat untuk terus kekal sebagai
penyumbang kebaikan atau kemungkaran yang kita sudah
maklumi ini? Jadilah orang yang apabila diketahui
sesuatu perkara itu baik,maka dia berusaha untuk
mengikuti dan membantunya serta merta tetapi apabila
sesuatu kemungkaran yang diketahuinya dia berusaha
untuk menjauhi dan meninggalkannya serta merta juga.
Fenomena menukar talian telefon daripada beberapa
syarikat talian kepada Celcom sedang mulai menjalar.
Para pelajar Islam di kampus terutamanya di Selatan
tanah air ini mulai menggunakan 013 ataupun 019.
Penulis sendiri baru membeli Air Asia CELCOM Prepaid
Starter Pack. Fenomena baru ni...
Cuma, penulis agak musykil juga sebenarnya. Adakah
Fenomena Celcom-isme ini berasaskan kepada kesedaran
oleh para pelajar Islam ini akan perlunya bersifat
wara' dan cermat dalam kehidupan harian walaupun
menggunakan talian telefon, ataupun mereka menukar
talian sebab.......
.....sebab, Celcom baru menawarkan kelebihan-kelebihan
yang terkini berbanding syarikat telekomunikasi lain?
Entahlah! husnuzonn..