Al_quran n Dermatology...subhanallah


“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (An-Nisa: 56)


Firman Allah yang mulia ini begitu unik dan mendalam sekali maksudnya. Di samping menceritakan tentang azab yang bakal dikenakan terhadap mereka yang ingkar terhadap ayat Allah, tersirat di sebaliknya hal yang menyentuh berkenaan sains.

Ia berkaitan dengan bidang dermatology iaitu kajian mengenai kulit. Umumnya kulit manusia mengandungi pelbagai lapisan yang terdiri daripada epidermis dan dermis. Di lapisan dermis inilah terdapatnya deria (reseptor) kesakitan, kepanasan, kesejukan dan tekanan. Fungsi reseptor ini adalah sebagai penghantar impuls saraf ke bahagian otak apabila kulit bersentuh atau merasai sesuatu. Otak akan menafsirkan input (impuls) yang diterima dan kemudian menghantar output ke bahagian efektor (organ). Organ ini yang akan memberi tindak balas terhadap maklumat yang diterima.

Dalam ayat tersebut menyatakan bahawa orang-orang kafir akan di hukum dengan azab api neraka sehingga kulit mereka hangus. Dan tiap-tiap kulit mereka hangus maka akan digantikan dengan kulit yang lain supaya mereka akan merasakan azab seksa tersebut selama-lamanya. Sesuai dengan kajian sains iaitu kulit ialah pusat deria untuk merasai kesakitan dan kebakaran. Justeru jika kulit terbakar sepenuhnya, maka ia akan hilang deria kesakitan. Maka di sebabkan itulah Allah menggantikan kulit mereka dengan kulit yang baru.

Oleh itu, munasabahkah ayat-ayat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang tidak boleh membaca dan menulis itu merupakan daripadanya atau bersumberkan orang lain? Maka sudah tentu jawapannya tidak. Pastinya ada satu zat yang lebih agung yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan atas sebab itulah juga Dr. Tagatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh di Universiti Chiang Mai, Thailand dengan relanya mengucapkan dua kalimah syahadah selepas mengadakan kajian demi kajian mangenai sains dan Al-Quran. Kemudian diikuti oleh pelajar-pelajarnya selepas mendengar syarahan daripada beliau. Subhanallah..